Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Intensiti keganasan di Lubnan dilaporkan semakin berkurangan susulan perjanjian antara Amerika Syarikat dan Iran yang menetapkan gencatan senjata. UNIFIL terus memantau situasi termasuk pelanggaran ruang udara dan pergerakan tentera, sementara sebahagian penduduk mula meninggalkan pusat perlindungan secara berhati-hati. Namun, keadaan masih belum stabil sepenuhnya dengan keselamatan orang awam terus menjadi kebimbangan utama.
Transcript
00:00Keganasan akibat konflik di Lubnan dilaporkan semakin berkurangan sejak perjanjian damai dimuktamadkan antara Teheran dan Washington yang meletakkan syarat genjata
00:09senjata berkuat kuasa ke atas semua wilayah termasuk Lubnan.
00:14Menurut jururcakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Stephen Jarich, meskipun pelanggaran ruang udara Uni Israel yang dikaitkan dengan pasukan pertahanan
00:22Israel masih direkodkan, namun tren keseluruhan menunjukkan penurunan yang ketara.
00:29Ujadujari, perkembangan terbaru itu merupakan hasil pemantauan berterusan yang dijalankan oleh pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan, UniFill.
00:38Angka yang direkodkan jelas menunjukkan corak kejadian tanpa memerlukan penekanan khusus terhadap pihak yang terlibat.
00:45Sementara itu, UniFill turut memantau aktiviti darat Israel termasuk pergerakan kenderaan berperisai serta operasi logistik dan kejuruteraan di kawasan berkenaan.
00:55Jelasnya, walaupun tahap keganasan menurun, insiden yang berlaku masih memberi kesan kepada orang awam, khususnya dalam aspek keselamatan pergerakan, usaha
01:04untuk pulang ke kediaman serta menilai kerosakan harta benda.
01:08Pihak berkuasa Lubnan pula melaporkan bahawa sebagian keluarga yang dipindahkan mula meninggalkan pusat pelindungan secara berhati-hati, susulan pengumuman perjanjian
01:18antara AS dan Iran.
01:20Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada pergerakan tersebut merupakan lawatan sementara atau kepulangan secara kekal.
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended