Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mengkaji kemungkinan melibatkan institusi pengajian tinggi swasta dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 selepas pelaksanaannya di universiti awam, selaras usaha memperluaskan program berkenaan kepada lebih ramai pelajar.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT sedang mengkaji kemungkinan melibatkan institusi pengajian tinggi swasta IPTS dalam program latihan khidmat negara PLKN pada
00:11masa hadapan.
00:12Menterinya Datuk Seri Dr. Zamrib Abdul Qadir berkata perkara itu akan diteliti bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara JLKN bagi menentukan
00:22kaedah pelaksanaannya.
00:25Zamrib berkata penglibatan IPTS akan dipertimbangkan selepas pelaksanaan program itu di institusi pengajian tinggi awam.
00:32Menurut beliau antara institusi yang boleh diberikan perhatian termasuk Universiti Milik Kerajaan Negeri dan Universiti Berkaitan Syarikat Berkaitan Kerajaan JLC.
00:41Terdahulu Zamrib merasmikan program lintis PLKN 30.0 peringkat Universiti Awam yang turut dihadiri Wakil Kementerian Pertahanan dan Kepimpinan Pendidikan
00:50Tinggi Negara.
00:51Jelasnya program lintis itu menerima sambutan positif apabila melibatkan seribu lima pelajar baru program diploma UPSI ambilan Jun 2026.
01:01Jumlah itu terdiri daripada 567 pelatih lelaki dan 438 pelatih perempuan yang telah dipilih menyertai program berkenaan.
01:10KPT memberi komitmen penuh bagi memastikan PLKN 30.0 dilaksanakan dengan berkesan sebelum diperluaskan ke politeknik dan kolej komuniti.
01:19Sebelum ini kerajaan memperuntukkan RM250 juta melalui Belanjawan 2026 untuk pelaksanaan program lintis PLKN 3.0 di peringkat pendidikan tinggi
01:31sebelum diperluaskan ke semua IPTA pada 2027.
01:35selamat menikmati.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended