00:00Dalam perkembangan berkaitan, Sabah telah berjaya mencapai sifar ketua isi rumah KIR miskin tegar melibatkan 10,825 KIR.
00:09Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur, berdasarkan data IKASIH, jumlah KIR miskin tegar yang dikunci pada Januari tahun ini
00:17telah boleh dikurangkan 100%.
00:20Kata Haji Jin, pelbagai intervensi bantuan secara bersasa telah berjaya membawa perubahan yang signifikan kepada golongan sasa.
00:28Berdasarkan data IKASIH sehingga 31 Mei 2026, lebih 57,700 ketua isi rumah masih berada dalam kategori miskin berbanding dengan
00:38lebih 70,000 KIR pada Januari 2026 iaitu penurunan sebanyak 17.9% dalam tempoh 4 bulan.
00:46Haji Jin berkata jumlah keseluruhan individu yang berada dalam kategori miskin turut menunjukkan penurunan ketara dengan ahli isi rumah AIR
00:55yang berada dalam kategori miskin juga telah berkurangan dari lebih 743,000 orang pada Januari 2026 kepada lebih 577,000
01:06orang pada Mei 2026.
01:08Tambahnya usaha Kerajaan Negeri dalam menuktahkan kemiskinan tegar ini berpandukan lima intervensi bantuan utama kepada golongan miskin tegar.
01:17Intervensi pertama ialah bantuan perumahan melalui pemberian bantuan rumah percuma di bawah program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya SMJ.
01:25Kedua, bantuan peluang pekerjaan melalui program MySMJ Kerja.
01:29Ketiga, bantuan pendidikan modal insan dengan penyediaan 14 jenis bantuan pendidikan termasuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan bantuan daripada Yayasan
01:38Sabah serta Majlis Ugama Islam Sabah Mu'is.
01:42Intervensi keempat, bantuan kebajikan dengan tumpuan kepada golongan yang tidak produktif seperti warga emas, pesakit telantar dan orang kurang upaya
01:52OKU.
01:52Manakala intervensi terakhir, bantuan keusahawanan dan peningkatan ekonomi melalui program seperti inisiatif pendapatan rakyat IPR dan Sejahtera Madani.
Comments