Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Pelaburan aset tetap menguncup 4.1 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding setahun lalu, jauh lebih buruk daripada jangkaan pasaran.
Transcript
00:00Perbelanjaan pengguna di China mencatatkan pengucupan bulan lalu buat kali pertama sejak pandemik COVID-19,
00:07manakala pelaburan turut merosot sekaligus mendedahkan risiko yang masih membelengu ekonomi negara itu,
00:14meskipun disokong oleh pertumbuhan ekspor yang kukuh.
00:17Jualan runcit susut 0.6% berbanding tempoh sama tahun lalu,
00:22mencatatkan penurunan pertama sejak China membuka semula ekonominya selepas sekatan COVID-19 pada penghujung 2022.
00:32Data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan China NBS pada selasa menunjukkan pelaburan aset tetap menguncup 4.1%
00:41dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding setahun lalu jauh lebih buruk daripada jangkaan pasaran.
00:47Pada masa sama pengeluaran perindustrian meningkat 4.5% berbanding 4.1% pada April dan sedikit mengatasi unjuran.
00:57Kadar pengangguran bandar yang ditingjau turut menurun kepada 5.1%.
01:02Permintaan domestik terus terjejas akibat krisis sektor perumahan dan kelemahan pasaran pekerjaan
01:08menyebabkan penggunaan isi rumah masih belum menunjukkan pemulihan ketara
01:12selepas ketinggalan berbanding pertumbuhan sektor pembuatan dan ekspor.
01:17Tanpa peningkatan permintaan domestik yang lebih kukuh, ekonomi China berdepan risiko perlahan lebih mendalam
01:23meskipun perjanjian antara Amerika dan Iran untuk membuka semula selat hormus
01:27berpotensi menstabilkan pasaran perkapalan serta tenaga global.
01:32Pertumbuhan ekspor yang memberangsangkan setakat tahun ini bagaimanapun masih mencukupi
01:36untuk memastikan ekonomi China berada di landasan mencapai sasaran pertumbuhan rasmi kerajaan
01:41antara 4.5% hingga 5.0% bagi keseluruhan tahun.
01:47Selain itu, kitaran pelaburan global yang pesat dalam bidang kecerdasan buatan AI
01:52turut meningkatkan harga dan permintaan terhadap perkakasan yang dihasilkan oleh sektor pembuatan China.
Comments

Recommended