00:00Perjanjian damai antara Amerika dan Iran menunjukkan tekanan inflasi yang didorong oleh konflik berkemungkinan telah mencapai kemuncaknya.
00:08Namun, prospek pengguna serta ekonomi Amerika secara keseluruhan masih kekal tidak menentu.
00:14Pakar ekonomi berpandangan pemulihan operasi perkapalan melalui selat hormus dan penurunan harga bahan api ke paras sebelum serangan Amerika dan
00:23Israel terhadap Iran hampir 4 bulan lalu memerlukan masa.
00:30Pakar ekonomi menjangkakan arah aliran harga tenaga dan minyak akan terus menurun walaupun pergerakannya sukar diramal berikutan ketidaktentuan pasaran sepanjang
00:39beberapa bulan kebelakangan ini.
00:41Pemerhati pasaran berpendapat pelabur kini mengambil kira senario paling positif dengan menjangkakan konflik akan berakhir dan keadaan kembali hampir kepada
00:49situasi sebelum tercetusnya ketegangan.
00:52Mereka turut menyamakan pembukaan semula selat hormus dengan pemulihan operasi lapangan terbang selepas gangguan cuaca besar apabila sistem logistik memerlukan
01:01masa untuk kembali beroperasi seperti biasa walaupun krisis telah berakhir.
01:05Kada inflasi tahunan Amerika meningkat kepada 4.2% bulan lalu melepasi paras 4% buat kali pertama dalam beberapa
01:13tahun lebih separuh daripada kenaikan bulanan harga pengguna disumbangkan oleh kos tenaga.
01:19Dengan harga bahan api yang telah menurun daripada paras tertinggi yang dicatatkan pada penghujung Mei dan dijangka terus menyusut secara
01:26beransur-ansur, kadar inflasi keseluruhan juga dijangka berkurangan.
01:31Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memenangi penggal kedua sebahagiannya menerusi janji untuk menurunkan harga barangan sebaik memegang jawatan, namun peningkatan
01:39kos sehara hidup khususnya harga bahan api menjejaskan kadar sokongan terhadap beliau.
01:44Data Persatuan Otomobil Amerika menunjukkan harga purata petrol kini berada pada 4.07 dolar segalen berbanding paras tertinggi tahunan 4
01:55.56 dolar yang dicatatkan bulan lalu.
01:58Bagaimanapun harga itu masih jauh lebih tinggi berbanding 3.13 dolar segalen yang dibayar pengguna ketika Trump kembali memegang jawatan.
02:07Terima kasih telah menonton!
Comments