00:00Seorang pemandu ditemukan rentung selepas kenderaan pelbagai guna MPV dipandunya terbakar hampir keseluruhan dalam satu kemalangan di pantai Remis, Perak
00:09awal pagi hari ini.
00:11Penolong pengarah bahagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBBM Perak, Sabarudzi Nur Ahmad, memaklumkan pihaknya telah dikejarkan ke lokasi
00:20kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima sekitar jam 4.36 pagi.
00:28Hasil siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Innova dengan sebuah trailer.
00:36Pertembungan antara kedua-dua kenderaan itu menyebabkan MPV berkenaan marak terbakar dalam tempoh singkat sekaligus memerangkap mangsa di bagian pemandu.
00:47Menurut Sabarudzi, pasukannya juga mendapati kebakaran telah memusnahkan hampir 90% struktur MPV tersebut.
00:55Pemeriksaan lanjut yang dijalankan selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya telah menemukan seorang individu dalam keadaan rentung di dalam kenderaan berkenaan.
01:06Mayat mangsa terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan pemotong khas berikutan struktur kenderaan yang remuk teruk.
01:13Bagaimanapun setakat ini, identiti dan jantina mangsa masih belum dapat dikenalpasti akibat kesan kebakaran yang serius.
01:21Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis di Raja Malaysia untuk tidakkan lanjut.
01:28Sementara itu, pemandu trailer seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.
01:36Mangsa diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesehatan Malaysia di lokasi sebelum dihantar ke hospital berhampiran menggunakan ambulans.
01:45Jelas Sabah Rozi, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 pagi, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.48
01:55pagi selepas laluan disahkan selamat untuk digunakan semula.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments