00:00Jabatan Alam Sekitar JAS menyiasat insiden pelepasan asap berwarna oran yang tular di media sosial dipercayai berlaku di kawasan Jalan
00:08Keluli Pasir Gudang pagi Kamis.
00:11Sejurus menerima maklumat sekitar jam 9.45 pagi, pasukan penguatkuasa dan penyiasat JAS cawangan Pasir Gudang telah digerakkan ke lokasi
00:20bagi menjalankan pemantauan, siasatan serta penilaian awal terhadap kejadian tersebut.
00:28Menurut kenyataan JAS, hasil rondaan yang telah dijalankan di sekitar Jalan Keluli mendapati tiada lagi pelepasan asap berwarna oran daripada
00:36mana-mana premis di kawasan berkenaan.
00:38Namun begitu, terdapat bau yang ketara di kawasan premis semasa pemeriksaan dijalankan.
00:44Sesulan insiden itu, JAS telah mengambil beberapa tindakan segera.
00:47Ini termasuk menjalankan pemantauan dan siasatan lapangan di kawasan yang diadu serta berkoordinisasi dengan Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia GBPM
00:56serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang MBPG bagi tindakan lanjut mengikut bidang kuasa masing-masing.
01:03Sebagai langkah berjaga-jaga JAS negeri Johor, teruk menjalankan pemantauan kualiti udara di dua lokasi sensitif yang dikenalpasti
01:10iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang Tiga.
01:16Melalui pantauan yang dijalankan, bacaan kualiti udara di kedua-dua lokasi tersebut berada pada paras normal
01:23dan tidak menunjukkan sebarang bacaan yang melebihi had yang ditetapkan.
01:27JAS ingin menegaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian
01:32dan menentukan sama ada berlaku sebarang pelepasan pencemar yang melanggar perentukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Akta 127.
Comments