Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan sedang meneroka sumber bekalan minyak mentah baharu daripada beberapa rantau termasuk benua Afrika, Russia ,Turkiye dan Singapura bagi memperkukuhkan bekalan bahan api negara.
Transcript
00:00Kerajaan sedang meneroka sumber bekalan minyak mentah baharu daripada beberapa rantau termasuk penua Afrika, Rusia, Turki dan Singapura bagi memperkukuhkan
00:10bekalan bahan api negara.
00:12Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata langkah meneroka sumber baharu itu sebagai persediaan jaga panjang meskipun kerajaan memberi jaminan
00:21bekalan minyak cukup sehingga penghujung Julai ini.
00:25Bagaimanapun katanya, proses mengenalpasti sumber baharu perlu mengambil kira ketersediaan fasiliti tempatan untuk memproses bekalan yang diperoleh.
00:34Ruang yang kita lihat sama ada daripada benua Afrika, dari Rusia maupun daripada Turki sebagai contoh.
00:42Tapi sudah pasti ianya juga mencakupi atau perlu dilihat ketersediaan fasiliti kita untuk memproses bekalan berkenaan.
00:52Sebab kita tahu setiap bekalan minyak mentah yang datang daripada kawasan yang berbeza mempunyai karakter minyak yang berbeza.
01:03Jadi sebab itu biasanya pihak Petronas yang akan menilai dari segi ketersediaan fasiliti kita untuk menerima bekalan berkenaan.
01:13Jadi dia bukan semata-mata nak cari di semua tempat tetapi bagaimana bekalan daripada sesetengah tempat itu sesuai dengan fasiliti
01:23yang kita ada.
01:24Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan dijangka mengumumkan perkembangan baharu berkaitan jaminan bekalan minyak bagi tempoh seterusnya menjelang akhir bulan ini.
01:34Katanya syarikat pembekal minyak termasuk Petronas biasanya akan mengemaskini status bekalan selepas perjanjian mendapatkan sumber bekalan dimuktamadkan.
01:43Ujarnya perdekatan itu juga penting memanakan harga minyak global masih tidak menentu dan kerajaan tidak mahu terikat dengan perjanjian jangka
01:51panjang yang boleh memberi kesan kepada kos sekiranya berlaku perubahan ketara dalam pasaran.
01:57Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan magunan NCR Teknologi Innovation Center NTIC di bayan lepas Pulau Pinang pada
02:06Rabu.
Comments

Recommended