Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan perkenal semakan wajah masa nyata dengan data JPN bagi pendaftaran MyDigital ID di kios. Langkah ini tingkat keselamatan identiti digital dan kurangkan penipuan serta penyamaran.
Transcript
00:00Kerajaan akan memperkenalkan semakan biometrik wajah secara masa nyata, real-time dengan pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara JPN dalam proses
00:10pendaftaran MyDigitalID sebagai langkah memperkukuh keselamatan identiti digital rakyat.
00:14Majlis Keselamatan Negara MKN dalam satu kenyataan berkata penambahbaikan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan
00:24ekosistem identiti digital negara sekaligus mengurangkan risiko penyalahgunaan identiti dan akses tanpa kebenaran.
00:35Melalui sistem baru itu, pengesahan wajah pengguna yang mendaftar di kiosk MyDigitalID akan disemak secara terus dengan rekod JPN bagi
00:42memastikan ketepatan identiti pemohon.
00:45Menurut MKN, langkah berkenaan penting memandangkan penggunaan perkhidmatan digital semakin meluas dalam kalangan rakyat, perniagaan dan agensi kerajaan.
00:53Pada masa sama, ancaman cyber seperti penipuan dalam talian, penyabaran identiti dan kecurian data turut menjadi cabaran yang memerlukan langkah
00:59keselamatan lebih kukuh.
01:01Selain pengguna baharu, pengguna CDID juga akan dimaklumkan mengenai keperluan untuk melakukan pengesahan semula biometrik wajah secara berkala bagi memastikan
01:09integriti identiti digital mereka sentiasa terpelihara.
01:13Penampahbaikan keselamatan itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua kiosk MyDigitalID di seluruh negara.
01:19Sebenarnya, kerja-kerja penyelenggaraan kiosk MyDigitalID dijadualkan berlangsung bermula 12 Jun jam 6 pagi hingga 14 Jun jam 6 pagi
01:28bagi membolehkan proses kemaskini dilaksanakan.
01:31Bagaimanapun, orang ramai masih boleh mendaftar MyDigitalID melalui aplikasi Buddha Ali yang boleh dimuat turun menerusi App Store, Google Play
01:38dan Huawei App Gallery.
01:41MKM menegaskan usaha memperkukuh MyDigitalID merupakan sebahagian daripada inisiatif lebih besar untuk memastikan keselamatan identiti digital rakyat terus terjamin dalam
01:49era digital yang semakin mencabar.
Comments

Recommended