Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kajian UKM mendapati komuniti Rohingya di Malaysia cenderung bergantung kepada jaringan sosial dalam kalangan etnik sendiri susulan kekangan undang-undang, pekerjaan dan pendidikan. Situasi ini turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan, sekali gus mendorong keperluan dasar lebih jelas dan tegas dalam pengurusan isu pelarian.
Transcript
00:00Masyarakat Rohingya dilaporkan lebih cenderung untuk bergantung kepada jaringan sosial dalam kalangan etnik sendiri sebagai strategi kelangsungan hidup.
00:09Menurut kajian oleh Universiti Kebangsaan Melisa UKM, kecenderungan tersebut berlaku ekoran dari ketidakpastian status undang-undang,
00:16akses terhad kepada pekerjaan formal serta kekangan mendapatkan pendidikan dan perkhidmatan sosial.
00:24Dapatan berkenaan diperolehi menerusi kajian strategi kelangsungan hidup dan identiti etnik Rohingya pada tahun 2023
00:31yang meneliti proses adaptasi komuniti tersebut dalam masyarakat tempatan.
00:36Menurut Profesor Sosiologi Politik Pembangunan UKM, Profesor Dr. Novel Linden,
00:42pengalaman hidup dalam persekitaran tidak aman telah membentuk orientasi sosial komuniti itu
00:46untuk lebih tertumpu kepada kelompok sendiri sebagai mekanisme pelindungan dan kelangsungan hidup.
00:52Tambahnya dalam konteks negara penerima, semangat kekitaan dan solidariti etnik menjadi sumber modal sosial
00:58yang penting bagi masyarakat Rohingya.
01:01Komuniti tersebut lazimnya membina jaringan sosial yang rapat dalam kalangan sendiri
01:05bagi mendapatkan sokongan ekonomi, maklumat, peluang pekerjaan serta pelindungan sosial dan bantuan kebajikan.
01:12Jaringan tersebut dipeluas melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan NGO,
01:17badan kemanusiaan serta pertubuhan berasaskan masyarakat yang bertindak sebagai penghubung
01:21antara komuniti Rohingya dan masyarakat lebih luas.
01:25Sementara itu terdapat juga kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan
01:29susulan isu berkaitan komuniti Rohingya yang didakwa semakin tidak terkawal
01:33sehingga dikaitkan dengan persaingan terhadap hak rakyat tempatan.
01:37Perkara tersebut boleh dilihat menerusi beberapa siri demonstrasi
01:40yang dijalankan komuniti tersebut termasuk dengan pendedahan kewujudan penempatan haram
01:44di Hulu Langat dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira 10 tahun lalu.
01:49Susulan itu, Dr. Novelinden menegaskan Malaysia memerlukan dasar yang lebih jelas
01:54dalam mengurus isu pelarian Rohingya memandangkan kerajaan mempunyai kuasa mutlak
01:58dalam hal imigresen, hak pekerjaan serta penguatkuasaan undang-undang.
02:02Menurut beliau, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih tegas
02:05bagi menangani isu tersebut sekaligus mampu mengelakkan ketegangan sosial
02:09antara komuniti Rohingya dan masyarakat tempatan terus meningkat.
02:13Tegasnya, setiap langkah yang diambil perlu berteraskan prinsip kemanusiaan,
02:17keselamatan negara serta keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Comments

Recommended