00:00Pengurusan Aset Air Berhad PAAB menyerahkan loji rawatan air LRA Bukit Cupak di Guam Musang, Kelantan
00:08yang dibangunkan bagi meningkatkan bekalan air bersih dan stabil kepada lebih 20,000 penduduk di sekitar jajahan itu.
00:16Pengerusi PAAB, Datuk Seri Jasni Maidinsa berkata, projek bernilai RM70.76 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh PAAB itu
00:26merupakan loji rawatan air pertama dibangunkan syarikat berkenaan di Kelantan.
00:31Hasil kerjasama dengan kerajaan negeri dan air Kelantan sendirian berhad.
00:36Beliau berkata, LRA Bukit Cupak dibangunkan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih
00:42yang sekian lama dihadapi penduduk setempat selain meningkatkan riset bekalan air kepada 5% berbanding sifar sebelum ini.
00:51Jelasnya, projek ini bukan sahaja memastikan bekalan air lebih stabil dan berkualiti,
00:57malah membantu memenuhi keperluan pengguna ketika musim kemarau serta peningkatan permintaan pada musim perayaan.
01:04Jasni berkata, loji berkapasiti 10 juta liter sehari itu membekalkan 2 juta liter air terawat ke ladang Sungai Terah,
01:13Kampung Kerinteng dan Kampung Awet, manakala baki 8 juta liter diagihkan ke beberapa kawasan lain
01:19termasuk Bandar Utama, Bandar Lama, Taman Wangsa Mewangi, Kesedain dan Kampung Batu 1 serta Kampung Batu 2.
01:28Katanya lagi, projek ini turut berjaya menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan hampir 2 dekad
01:34di beberapa kawasan kritikal di Gua Musang selepas siap sepenuhnya pada 28 April lepas.
01:40Menurutnya, loji berkenaan juga dilengkapi teknologi rawatan air modern serta sistem skeda
01:47yang memulihkan pemantauan dan kawalan operasi dilakukan secara lebih cekap
01:51sekaligus memastikan kualiti bekalan air yang konsisten kepada pengguna.
Comments