Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Bekas Presiden Yoon Suk Yeol dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Jumaat selepas didapati bersalah berhubung penghantaran dron tentera ke Pyongyang yang didakwa bertujuan mewujudkan alasan untuk pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal pada Disember 2024.
Transcript
00:00Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yul, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun pada Jumaat selepas didapati bersalah berhubung penghantaran drone
00:09tentera ke Pyongyang.
00:11Tindakan berkenaan didakwa bertujuan mewujudkan alasan untuk pelaksanaan Undang-Undang Tentera yang gagal pada Desember 2024.
00:17Menurut agensi berita Yon Hap, Mahkamah Daerah Pusat Seoul mendapati Yoon bersalah atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan membantu musuh selepas
00:26memutuskan beliau terlibat dalam perancangan pencerobohan drone ke Korea Utara pada Oktober 2024 sejak awal lagi.
00:35Bagaimanapun, Yoon yang pernah berkhidmat sebagai pendakwa raya tertinggi Korea Selatan menafikan sebarang salah laku.
00:41Pasukan peguamnya berhujah bahawa beliau tidak pernah mengarahkan atau meluluskan operasi berkenaan selain menegaskan tindakan itu tidak mempunyai kaitan dengan
00:50pengisytiharan Undang-Undang Tentera.
00:53Krisis politik tercetus selepas Yoon mengisytiharkan Undang-Undang Tentera pada Desember 2024 sekaligus mencetuskan pergolakan politik paling serius dalam tempoh
01:02beberapa dekad di ekonomi keempat terbesar Asia itu.
01:05Keputusan terbaru itu menambah lagi siri penghakiman terhadap pemimpin konservatif yang digulingkan itu.
01:10Februari lalu, Mahkamah Korea Selatan turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Yoon selepas didapati bersalah mengetuai pemberontakan berkaitan cubaan
01:20melaksanakan Undang-Undang Tentera.
01:22Yoon kemudian disingkirkan daripada jawatan Presiden selepas keputusan pemecatan yang diluluskan oleh Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan dikekalkan sekaligus membawa kepada
01:31pilihan raya mengejut yang dibenangi Presiden Liberal Lee Jae-myung.
01:35Yoon yang kini berada dalam tahanan masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.
Comments

Recommended