Skip to playerSkip to main content
Sup Ayam Lada Hitam ni memang sesuai makan time tak sihat. Rasa lega je badan. Dapat hirup kuah tu memang syahdu dibuatnya.

SUP AYAM LADA HITAM

Bahan-bahan:
 
½ ekor ayam | dipotong kecil
3 ulas bawang putih | tumbuk kasar
2 biji bawang merah
1 inci halia | ditumbuk
1 batang serai | diketuk
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
Gula
Daun bawang | dihiris
Air secukupnya

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #supayamladahitam #minitekspress #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau badan rasa kurang selesa, semangkut sup ayam lada hitam memang pilihan terbaik untuk anda.
00:05Sangat sedap dan membuka selera.
00:07Di dalam kuali, masukkan ayam, bawang putih, bawang merah, halia serta lada hitam yang telah ditumbuk kasar.
00:14Jangan halus sangat teksir kasar ni yang buat sup kita jadi lagi padu.
00:17Masukkan serai yang telah diketuk dan tuangkan air secukupnya mengikut kuantiti sup yang anda suka.
00:23Saya buat cukuplah hingga ayam tenggelam.
00:25Kemudian kacau-kacau sikit, bagi rata dan biarkan sup mendidih menggunakan api perlahan sehingga ayam benar-benar empuk dan semua
00:31rasa sebati.
00:32Bila dah naik bawang itu, bolehlah perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
00:36Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang untuk menambah warna dan aroma segar pada hidangan.
00:41Ok, dah siap sup ayam lada hitam yang ringkas dan penuh rasa.
00:45Sekali hirup sup tu, terus rasa lega.
00:48Jangan lupa tonton live memasak kami setiap selesa dan kamis di TikTok Rasa.
00:52Selamat mencuba ingat makan, ingat rasa.
00:55Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended