Skip to playerSkip to main content
Cara Rebus Jantung Pisang Cantik Putih, Tak Lebam

Sedapnya makan jantung pisang cicah sambal belacan. Namun jantung pisang jika salah teknik rebus, boleh jadi hitam berbirat.

Ada caranya untuk pastikan jantung pisang yang direbus elok cantik putih dan tak lebam selepas direbus. Ikut tip ini.

Selamat Mencuba!
Ingat Makan Ingat RASA

#RASA #TipDapurRasa #PetuaDapur #tiprebusjantungpisang #MajalahRasa #rasashare
1d
Transcript
00:02Cara rebus jantung pisang cantik putih tak lebam
00:05Jantung pisang jika salah teknik rebusnya boleh jadi hitam dan lebam
00:10Ada caranya untuk pastikan jantung pisang elok cantik putih dan tak lebam selepas direbus
00:16Ikut tip ini
00:17Mula-mula kupas kulit luar jantung pisang yang keras dan tua
00:21Kemudian basuh bersih jantung pisang tersebut dan toskan sekejap
00:25Sementara itu, masukkan air ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih
00:30Setelah air mendidih, masukkan jantung pisang tersebut sebiji tanpa perlu dibelah atau dipotong
00:36Repus jantung pisang tersebut selama 10 hingga 15 minit sehingga lembut dan pastikan ia tenggelam dalam air
00:42Selepas itu, angkat dan terus rendam dalam air sejuk atau air pipe untuk hentikan proses memasak dan kekalkan warna
00:50Biarkan jantung pisang betul-betul sejuk sepenuhnya sebelum dipotong mengikut cita rasa
00:55Ini kerana jantung pisang yang dibelah semasa-masa panas akan mempercepatkan proses pengoksidaan yang menjadikannya hitam
01:03Siap, lihat hasilnya
01:05Jantung pisang elok cantik putih
01:07Jantung pisang yang direbus tanpa dipotong terlebih dahulu dapat membantu mengekalkan warna asalnya supaya tidak hitam atau lebam
01:15Selamat mencuba
01:16Ingat makan, ingat rasa
01:18Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended