Skip to playerSkip to main content
Jom masak Daging Kicap Kerisik ni untuk makan tengahari. Daging empuk dengan kuah kicap pekat dan aroma kerisik yang wangi memang buat perut rasa lapar. Makan dengan nasi panas memang susah nak berhenti. Jom cuba!

DAGING MASAK KICAP KERISIK

BAHAN-BAHAN:
400gm daging
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
2 sudu besar kerisik
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 biji bawang holland
1 biji cili merah

BAHAN HIRIS:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 incin halia

BAHAN TUMIS:
1 keping kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelage

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #dagingmasakkicapkerisik #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ini dah berasal Kak IK nak kongsi satu resepi yang sangat sedap iaitu daging kicap kerisik.
00:05Simple je cara masaknya, sesuai untuk mak-mak yang nak luk cepat untuk makan tengah hari.
00:09Jom kita masak.
00:10Mula-mula, panaskan sedikit minyak dalam kuali.
00:12Masukkan bawah merah, bawang putih dan hali yang kita telah hiris.
00:15Tumis hingga layu dan naik bawah harum.
00:17Tumis tu dengan guna api besar, nanti hangus pula bawang kita.
00:20Kemudian masukkan empat tiga sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawan dan buah pelaga.
00:24Masukkan juga serbuk kari, kacau-kacau sikit sampai wangi.
00:26Make sure guna api kecil je tau. Masukkan juga sedikit air.
00:29Letak sikit je, jangan banyak. Cukup sekali 5-6 sudu macam tu je.
00:32Gaul rata supaya serbuk kari tu tak hangus dan dapat hasilkan kuah yang lebih berempah.
00:36Masukkan daging dan gaul hingga semua bahagian daging tu bersalut dengan rempah.
00:40Kacau-kacau dan masaklah hingga warna daging tu berubah.
00:43Bila warna daging tu dah jadi macam ni, masukkan air sedikit dan biarkan daging tu merenih perlahan.
00:47Masak hingga air, daging keluar dan daging pula menjadi empuk.
00:51Kalau nak cemak masa, Kak IK suggest guna daging batapinang atau bahagian top side.
00:55Barulah cepat empuk. Bila daging dah lembut, masukkan kicap manis, kicap pekat dan juga sos tiram.
01:00Kicap pekat tu optional je. Kalau tak ada, boleh je guna kicap manis je.
01:04Tapi gandakanlah kuantitinya.
01:06Gaul rata hingga kuah bertukar warna gelap berkilat dan nampak cukup penyelirakan.
01:10Tiba masa bahan rahsia yang buat lauk ni lebih istimewa.
01:13Masukkan kerisik dan juga serbuk lada hitam.
01:15Gaul hingga sebati.
01:17Kerisik akan beri rasa lemak beraroma yang menjadikan kuah lebih pekat dan kaya rasa.
01:21Akhir sekali, masukkan hirisan cili merah dan juga bawang holland.
01:25Bawang hiris ni berlipis je.
01:27Kacau seketika supaya bawang dan cili masih rangup dan segar.
01:30Kalau nak rasa lebih pedas menyengat, cili merah tu boleh digantikan dengan cili padi.
01:33Rasa kuah.
01:34Jika perlu, tambah sedikit sebut perasa.
01:36Sesuaikan ikut selera masing-masing.
01:38Kacau-kacau dah masak sampai kuah tu hampir kering.
01:41Wow, tengoklah tu. Sangat menyelerakan.
01:44Dah siap daging kicap kerisik kita.
01:46Kuah pekat, daging lembut dan rasa lemak-lemak kerisik memang dijamin mencilak jari.
01:52Anda jangan lupa cuba.
01:53Nak tengok tim rasa masak share live?
01:55Jom intai asyik kami di titik majlis rasa setiap selasa dan kamis.
01:58Ingat makan, ingat rasa. Jangan lupa tonton.
Comments

Recommended