00:00Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu,
00:04yakin parti lain akan terus menyokong Bersatu
00:07walaupun PAS memilih untuk bergerak solo
00:10pada pilihan raya akan datang.
00:13Namun penganalisis melihat kenyataan itu agak janggal.
00:17Shaza Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
00:21berkata tidak jelas parti mana dimaksudkan
00:24dan parti kecil mungkin tidak memberi impak besar
00:28kepada keputusan pilihan raya.
00:31Menurut beliau, jika berlaku perpecahan,
00:34kebanyakan penyokong Perikatan Nasional
00:36dijangka akan kekal bersama PAS
00:38kerana pengaruhnya yang lebih kuat
00:41dalam kalangan pengundi Melayu.
00:44Dalam masa sama, parti bukan Melayu seperti Gerakan
00:47dan MIPP dilihat lebih cenderung
00:50bekerjasama dengan Bersatu berbanding PAS
00:53atas faktor perbezaan ideologi.
00:56Sementara itu, penganalisis Universiti Teknologi Malaysia
01:00Mazlan Ali berpandangan Bersatu akan berada
01:04dalam kedudukan lebih lemah tanpa PAS
01:06dan perpecahan ini juga boleh menjejaskan
01:10keyakinan pengundi atas pagar.
01:12Zaharul Alam Yeşahir, FMT
01:16Terima kasih kerana menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments