00:01Ketegangan geopolitik di Timur Tengah ketika ini
00:04memberi kesan berantai kepada ekonomi global
00:06khususnya sektor pertanian
00:08Walaupun bekalan makanan negara masih stabil
00:12tekanan ini mungkin meningkatkan kos operasi
00:15dan menyumbang kepada kenaikan harga makanan
00:18sekaligus menambah beban kewangan
00:20kepada golongan petani dan peniaga kecil tempatan
00:23Menyedari hakikat itu, Agrobank bersama
00:26Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA
00:29memperkenalkan skim usahawan tani Agrobank XFAMA
00:32sebagai usaha memastikan kelangsungan komuniti
00:36usahawan tani seluruh negara
00:37Dilancarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 23 Mei lalu
00:42skim itu hadir sebagai penyelesaian kewangan menyeluruh
00:45merangkumi pembiayaan mikro, latihan keusahawanan
00:48pelindungan takaful, transaksi digital dan bimbingan perniagaan
00:52Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank
00:56Tengku Ahmad Badrili Shah Raja Husin berkata
00:58Inisiatif itu mencerminkan komitmen Agrobank
01:02dalam menyediakan kemudahan pembiayaan relevan dan inklusif
01:05kepada komuniti agromakanan negara
01:08Pada tahun ini kita sasarkan sebanyak
01:11kita sediakan sebanyak 20 juta allocation
01:14untuk pembiayaan pasar tani sahaja
01:16yang boleh dimanfaatkan oleh kira-kira 5,000
01:19peniaga pasar tani di seluruh negara
01:21Bawah skim itu, Agrobank menyasarkan seramai 1,000 usahawan tani
01:26menerima manfaat pembiayaan mikro berjumlah sehingga 100,000 ringgit
01:30bagi setiap pelanggan dengan kadar keuntungan serendah 2.5% setahun
01:36Selain pembiayaan, skim itu turut menawarkan kemudahan cashline sehingga 5,000 ringgit
01:42khidmat latihan pengurusan kewangan
01:44latihan kemahiran pemasaran
01:46serta sesi bimbingan perniagaan secara one-to-one selama 3 bulan
01:50Bagi peniaga ikan yang lebih 22 tahun berniaga di pasar tani melawati
01:55Muhammad Nizam Abdul Aziz
01:57skim itu memberi kelegaan khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa
02:18Seorang lagi peniaga Ahmad Tarmizi C. Halim berkata
02:22skim pembiayaan Agrobank bukan sahaja membantu dari sudut kewangan
02:26malah turut memberi nilai tambah melalui latihan dan pematauan perniagaan
02:31termasuk pengurusan kewangan
02:57Permohonan skim usahawan tani Agrobank X Fama dibuka hingga 31 Disember ini
03:02tertakluk kepada terma dan syarat
03:05Usahawan dan peniaga pasar tani boleh mendapatkan maklumat lanjut
03:09melalui Agrobank atau kunjungi cawangan berhampiran
03:12Azrin Zainal FMT
03:15Terima kasih telah menonton!
03:16Terima kasih telah menonton!
Comments