00:00Sukan Tinju di Sabah mempunyai potensi besar untuk terus menyumbang pingat kepada negeri termasuk pada termasya Sukan Malaysia Sukma 2026.
00:09Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Apubakar Titingan berkata,
00:16pembangunan Sukan Tinju perlu diperkukuh secara berterusan melalui penganjuran kejohanan, latihan konsisten serta sokongan menyeluruh kepada persatuan di semua peringkat.
00:27Menurutnya, kejohanan Tinju seluruh Sabah ke-72, Piala Mea menjadi antara platform penting dalam mengenalpasti bakat baru yang boleh diketengahkan
00:36ke peringkat lebih tinggi.
00:37Kerajaan negeri mahu sukan Tinju Sabah bukan sahaja aktif di Kota Kinabalu, tetapi berkembang di setiap daerah yang mempunyai bakat
00:46dan potensi.
00:47Nizam berkata, sepanjang empat hari penganjuran kejohanan itu, semangat juang, disiplin serta ketahanan mental para atlet jelas terselah dalam setiap
00:57perlawanan.
00:58Katanya, Sukan Tinju bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal, tetapi turut menuntut keberanian, disiplin dan ketenangan fikiran sebagai asas pembentukan seorang
01:08atlet berjaya.
01:09Terima kasih kerana menonton!
Comments