00:00Majlis Amanah Rakyat Mara menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana peminjam yang sengaja culas dalam melunaskan pinjaman masing-masing.
00:10Pengerusinya Dato' Ashraf Wajdi Dusuki berkata, peminjam yang didapati sengaja mengabaikan pembayaran semula akan dikenakan tindakan tegas termasuk membawa kes
00:20ke mahkamah.
00:24Ujannya dana yang disalurkan oleh Mara merupakan amanah rakyat dan bukan milik peribadi, justru setiap peminjam bertanggungjawab untuk melunaskannya.
00:33Ashraf Wajdi menyatakan bahawa usaha memburu peminjam culas sehingga keperingkatan mahkamah menjadi antara keutamaan Mara bagi memastikan setiap wang rakyat
00:41dapat dikembalikan dan dimanfaatkan semula.
00:44Selain itu, arahan majlis Mara kepada pihak pengurusan adalah jelas iaitu tidak melayani sebarang pemohonan pengecualian termasuk daripada individu berpengaruh
00:53tanpa mengira kedudukan.
00:55Mengulas lanjut, Ashraf Wajdi berkata ketegasan tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan program transformasi Mara yang sedang dijalankan ketika ini.
01:03Program berkenaan berangkumi transformasi disiplin keuangan agensi bagi memastikan dana tidak disalahurus atau dipersiakan akibat salah faham terhadap mandat yang
01:13diberikan oleh rakyat.
01:14Pada 18 Februari lepas, Ashraf Wajdi meredahkan kadar pinjaman tidak berbayar atau non-performing loan NPL Mara telah menjecah 49
01:22.6% dengan nilai keseleruhan sebanyak RM893 juta.
01:27Susulan itu ia mendorong Mara untuk mengambil tindakan lebih tegas termasuk mengemukakan saman terhadap peminjam yang gagal melunaskan pinjaman perniagaan
01:35mereka.
01:36Sehingga Oktober 2024, seramai 97,866 daripada keseluruhan 197,348 peminjam aktif Mara telah disenaraikan hitam.
Comments