Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden AS Donald Trump menyifatkan Cuba sebagai negara gagal dan mahu ia ditadbir dengan lebih baik.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan Cuba sebagai sebuah negara gagal sambil menegaskan Washington mahu melihat negara itu ditakbir dengan
00:09lebih baik.
00:10Kenyataan itu dibuat ketika Trump menjawab pertanyaan sama ada sekatan ekonomi Amerika Syarikat bertujuan mempercepatkan kejatuhan negara tersebut.
00:22Trump berkata matlamat utama Amerika Syarikat bukan untuk menjatuhkan Cuba sebaliknya mahu memastikan negara itu mampu menguruskan rakyatnya dengan baik.
00:51Beliau turut mengaitkan situasi Cuba dengan Venezuela dan mendakwa sokongan ekonomi daripada Caracas sebelum ini memainkan peranan penting dalam kelansungan
01:00ekonomi Havana.
01:01Menurut Trump, Cuba kini berdepan pelbagai krisis termasuk kekurangan tenaga, sumber kewangan dan bekalan asas.
01:08Beliau menggambarkan negara itu sebagai memiliki potensi besar namun gagal dimanfaatkan sepenuhnya.
01:14Kenyataan tersebut hadir ketika pentadbiran Trump terus mengekalkan tekanan ekonomi terhadap Cuba termasuk melalui sekatan yang telah lama menjadi sebahagian
01:23daripada dasar luar Washington terhadap negara pulau itu.
01:26Hubungan antara Amerika Syarikat dan Cuba kekal tegang sejak beberapa dekad lalu dengan isu politik, ekonomi dan ideologi terus menjadi
01:34punca utama perbezaan antara kedua-dua negara.
Comments

Recommended