Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk segera menyelesaikan isu pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi di Universiti Alexandria, Mesir. Walaupun Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan akademik, aspek pengiktirafan profesional masih memerlukan kelulusan Lembaga Farmasi Malaysia. Kerajaan menekankan keperluan penyelesaian yang adil dan bijaksana bagi melindungi masa depan pelajar tanpa menjejaskan standard profesion.
Transcript
00:00Pertama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi KPT dan Kementerian Kesehatan Malaysia KKM segera menyelesaikan aduan
00:11berkaitan isu pengitirafan kelayakan program Doktor Farmasi ataupun FAMD yang dikemukakan oleh empat pelajar Malaysia di Universiti Iskandariah di Mesir.
00:22Beliau berkata perhatian perlu diberikan sepenuhnya terhadap isu mengenai pendaftaran program berkenaan dan amalan profesional di Malaysia demi kepentingan pelajar
00:33yang terlibat.
00:35Perdana Menteri berkata agensi kelayakan Malaysia MQA tidak mempunyai halangan terhadap pengitirafan akademik program berkaitan.
00:43Namun, pengitirafan profesional untuk tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi memerlukan pertimbangan dan persetujuan daripada Lembaga Farmasi Malaysia, LFM.
00:55Justru, Perdana Menteri meletakkan harapan agar KPT dan KKM dapat menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas selaras dengan gagasan madani yang
01:04menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan.
01:07Tambah Anwar setiap keputusan yang dilakukan wajah menyentuh masa depan rakyat tanpa menjejaskan piawaian profesional yang ditetapkan bagi bidang berkenaan.
01:18Pada 29 Mei lalu, media melaporkan kekecewaan Nur Haslina Abdullah apabila anaknya, Nurul Izzah, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kelayakan LFM
01:29yang diperlukan bagi melengkapkan pengajian.
01:31Nur Haslina berkata, permohonan anaknya ditolak KKM kerana program FAMD atau Doktor Farmasi yang diikuti di sebuah universiti di Mesir
01:41tidak diiktiraf di Malaysia.
01:43Menurutnya keadaan itu menimbulkan persoalan memandangkan anaknya melanjutkan pengajian ke Universiti Berkenaan melalui surat tawaran yang dikeluarkan KPT.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended