00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda bersama saya Nabilah Khalida dalam Niagawani dan hari ini merupakan hari ketiga dan juga hari
00:08terakhir saya bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk Persidangan Peralihan Tenaga 2026 atau ETCon 26 yang menghimpunkan
00:19lebih 4,000 delegasi daripada pelbagai negara terdiri daripada pembuat dasar, pemimpin industri, pelabur dan juga pemain teknologi
00:28untuk kita bincangkan masa depan tenaga, kelestarian serta transformasi ekonomi rendah karbon. Dan sepanjang tiga hari berlangsung ini kita lihat
00:37ETCon 26 bukan saja telahpun menyaksikan pelbagai dialog strategi mengenai tenaga boleh baru, pembangunan grid masa depan, ketudasan buatan AI
00:48dan juga keterhubungan antara tenaga serantau malah kita turut menyaksikan beberapa kerjasama dan juga perjanjian penting
00:56yang berpotensi untuk membentuk landscape tenaga negara pada tahun-tahun mendatang. Dan semalam juga kita telahpun menyaksikan perasmian oleh Yamad
01:06Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim yang mana beliau ada menegaskan kepentingan nak pastikan
01:12peralihan tenaga ini bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi serta aspirasi Malaysia untuk menjadi hub digital dan juga AI
01:23serantau.
01:24Dan mesej itu juga sekaligus menggariskan bahawa masa depan tenaga dan juga masa depan ekonomi digital itu saling berkait antara
01:33satu sama lain.
01:34Jadi persoalan ini sekarang kita nak tahu sejauh mana persidangan ITCOIN 26 ini benar-benar berjaya menggerakkan bukan agenda daripada
01:42sekadar perbincangan menjadi pelaksanaan yang nyata.
01:45Jadi untuk kita kongsi perkembangan terkini dan pandangan mengenai hala tuju sektor tenaga negara bersama saya ketika ini adalah ketua
01:52pegawai strategi dan juga usaha niaga tenaga nasional berhad,
01:56istilahnya Dr. Muhammad Fazil Muhammad Siam. Assalamualaikum, selamat pagi Dr.
02:00Assalamualaikum Nabila, apa khabar? Terima kasih.
02:02Khabar baik, Alhamdulillah. Terima kasih ya Dr. kerana bersama dengan kami dalam niagawan pagi ini.
02:08Jadi kita lihatlah ini hari terakhir dan juga hari ketiga kalau kita boleh katakan penghujung ITCOIN 26 ini.
02:14Jadi kalau kita nak tengok kembali objektif ITCOIN ini untuk menghimpunkan kerajaan, pemain industri, pelabur dan juga pemain teknologi kan.
02:23Jadi semuanya adalah untuk mempercepatkan agenda perlahan tenaga.
02:27Jadi pada hari ketiga ini sejauh mana Dr. sudah melihat persidangan ini membuahkan hasil dalam mencapai objektifnya atau poin matlamatnya?
02:35Terima kasih Nabila. Apa yang kita lihat yang membanggakan dengan kehadiran lebih 4,000 peserta daripada pelbagai latar belakang,
02:43pembuat polisi, dasar, rakan strategik, dari sikit teknologis dan sebagainya, ia menunjukkan bahawa bagaimana perbincangan yang dibuat
02:52menjurus bukan setakat idea dan pandangan, tetapi menghasilkan kepada pelaksanaan projek-projek yang dibincangkan dan juga dengan kerjasama strategik?
03:04Jadi dengan hari ketiga ini juga, kita telah pun menyaksikan sepanjang tiga hari ini macam-macam pengumuman kerjasama strategik telah
03:13pun dimeterai.
03:14Mungkin Dr. boleh kongsikan daripada semua perkembangan yang telah berlaku dalam masa dua ke tiga hari ini,
03:21apa mungkin percapaian yang Dr. anggap paling signifikan dan juga berpotensi memberikan impak jangka panjang kepada agenda perlahan tenaga negara?
03:28Betul Nabila. Dalam tiga hari ini kita lihat ada 17 kerjasama strategik yang telah kita menerai dan ianya bukan setakat
03:37kerjasama secara umum,
03:38tetapi dia menjurus kepada perjanjian dalam bentuk projek dan inilah sebenarnya yang kita katakan kita nak terjemahkan bukan setakat satu
03:46dasar perlahan tenaga,
03:48tetapi juga kepada pelaksanaan projek.
03:51Dan dalam masa yang sama juga, beberapa projek telah diumumkan, contohnya berkaitan pelaksanaan skim solar yang berskala besar,
03:59contohnya berkaitan hybrid hydro-floating solar,
04:02keduanya adalah berkaitan large-mounted solar dan ia juga ada berkait dengan bateri energy storage.
04:09Dan ini sebenarnya dengan kerjasama antara TMB dan Dewan Data Center menunjukkan selaras dengan tema persidangan kita,
04:20polisi dasar pelaksanaan kepada energy transition itu sendiri.
04:24Jadi dengan semua kerjasama itu, kita lihat dengan keterlibatan ramai penyertaan dan sangat meberangsangkan
04:33yang kita boleh katakan dari pemain global yang merentasi sektor, merentasi industri,
04:38bukan sahaja dari tenaga, teknologi, kewangan, semua terlibat dalam persidangan ETCon 26 ini.
04:44Jadi dalam konteks peralihan tenaga secara khusus yang semakin kompleks, semakin dinamik pada waktu ini,
04:50sejaman kerjasama yang telah dimeterai 17 itu mampu berkurangkan langskip tenaga negara.
04:56Doktor?
04:57Apa yang menarik Nabila, bila dalam masa dua hari, termasuk hari ini juga,
05:02bila kita bincangkan berkaitan energy transition,
05:04tidak ada satu organisasi, satu entiti maupun satu negara yang boleh melaksanakan peralian tenaga secara sendiri.
05:13Kenapa? Sebab ia melibatkan, satu dari segi tenaga yang besar,
05:20keduanya adalah dari segi pelaburan yang perlu besar juga dan kepakaran yang ada.
05:26Jadi kita melihat kerjasama yang merentas organisasi,
05:31keluar lebih daripada rantau bukan setakat Malaysia tetapi juga di ASEAN khususnya,
05:37ia memerlukan bagaimana pelbagai pihak daripada pelbagai sisi memberikan pandangan
05:43360 darjah, sama dari segi kewangannya, dari segi tenaganya dan dari segi kepakaran yang ada.
05:51Jadi ini sebenarnya yang kita ingin tekankan kerjasama yang besar
05:55dan sinergi daripada pelbagai pihak untuk memastikan kejayaan energy transition itu sendiri.
06:01Dan sudah tentu bila kita cakap soal kerjasama dan juga pelaburan ini semua,
06:06semuanya kita menjurus ke arah tema kitalah hubungan rapat antara tenaga dan juga kecerdasan buatan AI itu sendiri.
06:13Dan ini seiring ataupun selari dengan tema ETCon 26 iaitu tenaga dan AI,
06:19sinergi memacu peralihan tenaga.
06:20Jadi pada pandangan doktor, bagaimana AI dan juga digitalisasi ini bakal ataupun mampu ubah cara sektor tenaga beroperasi
06:29dan mungkin sekaligus membentuk masa depan sektor tenaga negara kita?
06:33Dan pada pandangan TMB, AI adalah amat penting bersama dengan digitalisasi untuk memastikan kita transformasi ke arah sektor tenaga yang
06:44lebih mampan.
06:45Dan yang menariknya semalam ketika ada forum yang dihadiri oleh Menteri Tenaga, Menteri Digital dan Menteri Petra itu sendiri,
06:55mereka masing-masing setuju dan meletakkan betapa pentingnya energy dan AI ini sendiri.
07:01Dan dengan sebab itulah bila kita juga berbincang berkaitan dengan data center, pusat data itu sendiri,
07:07dengan adanya keperluan kepada AI, keperluan kepada tenaga juga meningkat lebih besar lagi.
07:14Dan dengan sebab itulah sinergi selaras dengan tema kita, energy and AI,
07:19sinergi untuk energy transition lebih dijelaskan lagi dan menyokong dengan hasrat dan objektif persidangan kita.
07:26Jadi mungkin terakhir sekali lah kalau kita nak rangkumkan,
07:30di mana kalau kita akan lihat ETCon 26 ini melaburkan tiranya petang ini,
07:35apa harapan jangka panjang ataupun mungkin legasi paling penting lah yang TMB nak lihat daripada persidangan ini
07:42terhadap masa depan agenda perlihatan tenaga yang kita akan nak pastikan lah sasaran net zero 2050 itu mampu dicapai.
07:50Betul Nabila.
07:51Di pihak TMB kita melihat bahawa momentum yang telah terhasil akan dapat diteruskan
07:56dengan perjanjian kerjasama strategik yang telah ada diterjemahkan dalam bentuk projek pelaburan.
08:02Dan sebenarnya kita yakin dengan kehadiran pelbagai pihak di persidangan ini yang merangkumi
08:09sokongan dari segi pembuat dasar yang kukuh, dari segi pelaburan yang berterusan dan kerjasama industri yang hebat.
08:18Pastinya energy transition bukan setakat kata-kata di mulut tetapi terhasil kepada perkara sebenar.
08:25Dan ini yang lebih penting bukan setakat untuk TMB, bukan setakat dalam Malaysia.
08:29Kita nak meletakkan Malaysia juga sebagai hub untuk energy transition di rantau ASEAN.
08:36Dan kita lihat sebagaimana yang telah disebut oleh Perdana Menteri sendiri.
08:40Kita pastikan bahawa ianya telah laksana.
08:42Ia meletakkan satu pengharapan dan keyakinan TMB boleh meneraju perkara ini.
08:48Dan juga melalui ASEAN Power Grid kita yakin.
08:52Kerjasama yang terbuat bukan setakat di Malaysia tetapi juga berkait dengan rantau ASEAN.
08:58Itulah yang kita harapkan Nabila.
09:00Baik, demikian itu tadi adalah Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Berhad,
09:06Insinyur Dr. Mohd Fazil Mohd Siam.
09:08Terima kasih Dr. atas perkongsian itu tadi.
09:10Jadi jelas bahawa kejayaan peralihan tenaga itu tidak hanya terhad ataupun bergantung kepada teknologi
09:16ataupun dasar semata-mata tapi juga kepada kepalaian semua pihak yang terlibat untuk membina kerjasama yang kukuh
09:23mempercepat pelaksanaan projek dan juga nak pastikan pelaburan itu terus mengalir ke sektor yang strategi.
09:30Dan apa yang kita dapat simpulkan daripada persidangan peralihan tenaga 2026 ini ataupun ETKON 26
09:36adalah momentum ke arah tenaga yang lebih mampan semakin jelas dan kita nak tahu juga
09:42apa cabaran sebenar ini selepas kita lihat bagaimana persidangan, kerjasama, perbincangan telahpun dibuat
09:50namun cabaran itu tetap ada iaitu bagaimana segala komitmen perjanjian dan kerjasama yang diumumkan
09:55dapat kita terjemahkan kepada tindakan yang memberi impak bukan sahaja kepada ekonomi
10:00tapi kepada industri dan rakyat. Jadi saya kira sekian saja laporan saya dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
10:07berkenaan dengan persidangan peralihan tenaga 2026 kembali kepada rakan setugas
10:11dan kita perlu berhenti rehat seketika dahulu kembali selepas ini.
Comments