Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Sambutan projek penerbitan PENA meningkat apabila bengkel manuskrip menarik 120 peserta. Penulis berpeluang dihimpun dalam pelbagai kategori dengan penerbitan profesional, cetakan 1,000 naskhah dan royalti pendahuluan.
Transcript
00:00Projek penerbitan buku Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Pena Malaysia Madani Fasa 3, mendapat sambutan memberangsangkan daripada penulis tempatan yang mahu
00:10karya mereka dibukukan.
00:12Pengarah projek, Mohd Khair Ngadiron berkata, projek berkenaan menunjukkan peningkatan apabila bengkel pencarian manuskrip yang diadakan sebelum ini berjaya menarik
00:22kehadiran kira-kira 120 peserta berbanding sasaran awal seramai 70 peserta.
00:30Menurut beliau, sambutan tersebut membuktikan masih terdapat permintaan tinggi dalam kalangan penulis untuk mendapatkan peluang menerbitkan karya mereka melalui platform
00:39yang disediakan.
00:41Katanya, pemilihan manuskrip akan dibuat berdasarkan kualiti karya selain memberi keutamaan kepada penyertaan yang diterima lebih awal.
00:48Manuskrip yang pernah ditolak sebelum ini juga masih berpeluang untuk dipertimbangkan semula sekiranya penulis mengemukakan karya lain yang memenuhi pihawai
00:57yang kualiti yang ditetapkan.
00:58Antara kategori yang ditawarkan ialah novel dan cerpen dewasa, novel remaja, buku bergambar kanak-kanak, buku umum dan kumpulan puisi.
01:07Untuk saya ketiga, kita menjagakan antara 40 hingga 50 judul yang merangkumi pelbagai genre, ada genre umum, novel, puisi, cerita
01:19kanak-kanak dan apa-apa sahaja yang datang daripada manuskrip yang baik daripada para penulis di seluruh negara.
01:26Beliau juga penasihat jawatan kuasa pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2026 ditemui selepas melancarkan buku berjudul
01:35Ajaibnya Kembara Melangitmu Himpunan Kisah Wartawan Liputan Haji di pentas Dunia Buku Dewan Merdeka WTC Sempena PBAKL 2026.
01:45Antara lain, buku itu adalah merakamkan tulisan lima wartawan liputan haji iaitu Dr. Azlina Riyah Abdullah dan Linda Salim dari
01:52Esrawani,
01:53Dr. Ainul Amris, Rozaman Ismail dan Muhammad Turmadzi Madun dari Utusan Malaysia dan satu tulisan anekdot terakhir ditulis bekas ketua
02:02rombongan haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
02:05Sementara itu, beliau berkata manuskrip yang terpilih akan diterbitkan secara profesional dengan cetakan awal sebanyak seribu naskah bagi setiap judul,
02:13selain penulis turut menerima bayaran royalti pendahuluan.
02:16Sejak diperkenalkan pada 2024, projek itu berjaya menerbitkan lebih 128 judul buku, membabitkan lebih 150 penulis tempatan,
02:26selain mengedarkan bahan bacaan ke 2,292 sekolah menengah, 20 universiti awam dan perpustakaan desa di seluruh negara.
02:34Projek yang mendapat sokongan kerajaan itu bertujuan memperkukuh pembangunan industri buku negara,
02:39menerusi penerbitan karya-karya berkualiti untuk edaran di sekolah serta kepada masyarakat umum.
02:44Penulis yang berminat boleh menghantar manuskrip lengkap ke bukupena.com.my
Comments

Recommended