Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pengguna diesel digesa menggunakan Biodiesel B15 kerana serasi dengan enjin sedia ada serta menyokong pengurangan pelepasan karbon.
Transcript
00:00Pengguna diesel disaran supaya tidak ragu-ragu menggunakan biodiesel B15 yang mula dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.
00:08Menteri Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, ini kerana bahan api itu serasi dengan enjin sedia ada,
00:16di samping menyokong usaha pengurangan pelepasan karbon negara.
00:21Saya rasa memang tak ada masalah, dia tak ada masalah, dia tak akan efek apa-apa pun.
00:25Sebab penggunaan ini memang kita galakkan, sebelum ini pun memang ada penggunaan B10, B7 dan sebagainya.
00:35Jadi sekarang ini B12, B12 itu cuma mungkin awareness sebelum ini kita tidak dedahkan begitu banyak.
00:44Noraini berkata peningkatan adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 terbantu meningkatkan penggunaan farmata ester PME tempatan
00:54sekaligus mengukuhkan permintaan domestik terhadap minyak sawit negara.
00:58Menurutnya penggunaan MSM bagi program biodiesel B15 dianggarkan mencecah 801,000 tan setahun
01:06dan jumlah itu tidak akan beri kesan kepada bekalan atau pasaran ekspor minyak sawit Malaysia.
01:11Program biodiesel negara disokong ekosistem komprehensif merangkumi 452 kilang minyak sawit,
01:195.4 kilang penapisan minyak sawit, 19 logi biodiesel dan 3.4 depoh pengadunan biodiesel di seluruh negara
01:27sebelum bahan api berkenaan diadarkan ke lebih 4,400 stesen minyak.
01:31Infrasur terlengkap itu membuktikan Malaysia mempunyai kapasiti, kepakaran serta keupayaan logistik yang kukuh
01:38untuk melaksanakan peningkatan adunan biodiesel secara berpingkat dan teranjang.
Comments

Recommended