00:00Indonesia menyediakan 5,000 beasiswa pada tahun 2026 bagi membantu membangunkan sumber manusia mahir dalam industri minyak sawit.
00:10Ia merupakan peruntukan tahunan terbesar yang dibiayai oleh Badan Pengelola Dana Perkebunan atau BPDP sejak program berkenaan dilancarkan pada tahun
00:212016, meningkat berbanding 4,000 beasiswa pada tahun lepas.
00:28Inisiatif itu telah menyokong lebih 13,000 pelajar di seluruh Indonesia melalui kerjasama dengan Kementerian Pertanian serta beberapa institusi pendidikan
00:38lain.
00:38Pegawai Kementerian Pertanian Indonesia Imuharam berkata, program itu bertujuan melahirkan generasi baru profesional dalam bidang perladangan.
00:47Ini sekaligus meningkatkan produktiviti, inovasi dan kemampanan sektor minyak sawit.
00:52Minyak sawit kekal antara komoditi ekspor utama Indonesia dan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara itu.
00:59Pendaftaran bagi permohonan beasiswa itu akan dibuka pada 3 Jun.
01:03Dalam perkembangan berkaitan, Indonesia dijangka melaksanakan mandat penggunaan biodiesel B50 bermula 1 Julai 2026.
01:11Sebagai rekod, biodiesel B50 adalah campuran bahan api yang mengandungi 50% biodiesel berasaskan minyak sawit dan 50% diesel
01:20petroleum atau bahan api fosil.
01:22Pelaksanaan dasar pencampuran biodiesel B50 ini bahkan menjadi pemangkin utama kepada sektor komoditi serantau.
01:29Bagi tempoh pelaksanaan selama setengah tahun ini sahaja, ia dijangka memacu lonjakan permintaan tambahan komoditi minyak sawit mentah sebanyak 1
01:38.5 juta tamatrik pada tahun 2026.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments