00:00Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem tenaga yang bersih, pintar dan lebih saling terhubung bagi mendepani cabaran masa hadapan.
00:10Timbalan Menteri Ekonomi Dato' Muhammad Syahabullah berkata usaha itu menjadi antara keutamaan di bawah rancangan Malaysia ke-13 RMK13.
00:20Katanya negara perlu memperkukuh pemodenan grid dan memperluas integrasi tenaga boleh baharu pada skala besar.
00:26Beliau berkata langkah itu turut merangkumi pembangunan kemampuan penyimpanan tenaga bateri serta mempercepatkan pendigitalan dan penerimaan kecerdasan buatan atau AI
00:37dalam sektor tenaga.
00:38Menurutnya Malaysia juga perlu memperluas ketersambungan tenaga serantau dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong ekonomi tenaga baharu.
00:47Muhammad Syahabullah menegaskan sepanjang pelaksanaan RMK13 bagi tempoh 2026 hingga 2030, negara perlu menyimbangkan tiga keutamaan utama iaitu ketirjaminan tenaga
00:58dan ketahanan sistem, penyakarbonan demi memenuhi komitmen iklim serta daya sayang ekonomi dan kemampuan kos untuk rakyat.
01:06Bagaimanapun katanya usaha itu berdepan pelbagai cabaran termasuk kos peralihan yang tinggi, ketidaktentuan pasaran global dan tekanan pelaburan yang semakin
01:16meningkat.
01:17Beliau turut mengingatkan bahawa risiko iklim, gangguan rantaian bekalan, ketidakstabilan harga bahan api dan ketegangan geopolitik boleh menjejaskan prospek pertumbuhan
01:26ekonomi jangka panjang.
01:27Sehubungan itu, kemampanan perlu dilihat sebagai asas kepada daya tahan, daya saing dan kemakmuran masa depan negara bukan sebagai halangan
01:36kepada pertumbuhan.
Comments