Skip to playerSkip to main content
Aroma bunga kantan yang harum digabungkan dengan pekasam daging yang rangup memang buat selera naik mendadak. Sesuai buat untuk lunch dan juga makan malam.

NASI GORENG BUNGA KANTAN

Bahan-bahan:

pinggan nasi putih | sejukkan semalaman
1 paket pekasam daging | goreng
1 kuntum bunga kantan | dihiris
2 biji telur
1 batang serai | dihiris
Sedikit daun bawang
 
Bahan Kisar @ Tumbuk:
 
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 inci belacan
 
Bahan Perasa:
 
Sedikit serbuk perasa
Sedikit garam
1 sudu besar kicap manis
Sedikit lada hitam

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #nasigorengbungakantan #minitekspress #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Nasi goreng ni memang wangi dan unik rasanya.
00:02Sekali makan confirm nak lagi.
00:04Kita mulakan dengan mengisah kasar bawang merah,
00:07bawang putih,
00:08ciri padi dan belacat.
00:10Kalau anda nak tubuh pun boleh lagi sedap.
00:12Kemudian di dalam kuali kita goreng pekasam daging hingga garing dan rangup.
00:16Pekasam daging ni yang akan bagi rasa masin, lemak dan aroma tradisional yang cukup istimewa.
00:20Bila dah masak boleh ketepikan dan masukkan bahan kisah tadi.
00:23Tumislah sampai naik bau dan sedikit garing.
00:27Bila dah wangi, masukkan hirisan serai dan tumis seketika.
00:31Sekarang masukkan bahan utama kita iaitu bunga kantan yang dihiris nipis.
00:35Kacau hingga sedikit layu dan aroma-harum bunga kantan mula memenuhi dapur.
00:40Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga menjadi skramble egg.
00:43Lepas tu boleh masukkan nasi putih yang telah disejukkan semalaman dan gaul hingga berderai.
00:47Nasi sejuk semalaman ni lebih sesuai digunakan kerana teksnya lebih kering dan tidak mulai lembik ketika digoreng.
00:55Perasakan dengan sedikit garam, sebuah perasa, ladi hitam dan kicap manis.
01:00Gaul hingga semua bahan sebati dan warna nasi menjadi sekata.
01:03Akhir sekali, taburkan daun bawang sebagai hiasan gaul-gaul-gaul dan dah siap nasi goreng bunga kantan yang wangi dan
01:09pedas untuk kita nikmati.
01:11Memang padu sampai makan pun bertambah-tambah.
01:13Jangan lupa tonton live memasak kami setiap selesai dan kamis di titik rasa.
01:17Selamat mencuba. Ingat makan, ingat rasa.
Comments

Recommended