00:00...teruskan dengan laporan global akibat terlalu kerap bersalaman menjadi punca tangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Lebam.
00:08Dalam satu memo yang dikeluarkan oleh White House, selain terlalu banyak bersalam dalam pelbagai acara rasmi,
00:14Trump juga dikatakan kerap makan aspirin untuk pencegahan serangan jantung.
00:20Penjelasan itu tertera dalam memorandum perubatan yang dikeluarkan susulan pemeriksaan kesihatan tahunan Trump
00:27di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed pada 26 Mei lalu.
00:32Dr. Kapten Sin Barbabella berkata keadaan tersebut adalah biasa dan tidak berbahaya,
00:37terutama dalam kalangan individu yang mengambil aspirin secara berkala.
00:41Laporan sama turut mengesahkan Trump berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik dan cergas
00:47untuk menjalankan tugas sebagai Presiden serta Panglima Tertinggi Amerika Syarikat.
00:51Memorandum itu juga menyatakan analisis elektrokardiogram berdasarkan kecerdasan buatan
00:57menunjukkan usia jantung Trump dianggarkan kira-kira 14 tahun lebih muda
01:02berbanding usia sebenarnya iaitu 79 tahun.
01:06Beliau turut memperoleh markah penuh 30 daripada 30 dalam penilaian kognitif Montreal
01:11manakala pemeriksaan neurologi tidak menunjukkan sebarang kejanggalan.
01:16Laporan berkenaan juga memaklumkan Trump mempunyai berat badan 108 kilogram
01:21dan kini mengambil dua jenis ubat untuk mengawal paras kolesterol
01:24selain aspirin bagi kesihatan kardiovaskular.
Comments