Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri berharap semua pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut dapat memanfaatkan peluang sedia ada bagi memastikan proses rundingan berjaya diselesaikan secara damai dan menyeluruh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia sedia menyokong sebarang usaha pelbagai hala yang menyumbang kepada keamanan dan kestabilan berkekalan di Asia Barat,
00:07sesulan perkembangan positif rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:11Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menerima petunjuk menggalakkan daripada para pemimpin Asia Barat
00:17bahawa rundingan ke arah perjanjian antara Amerika dan Iran yang merangkumi pembukaan semula selat hormus sedang bergerak dalam trajekteri positif.
00:26Perdana Menteri berkata Malaysia turut menghargai peranan konstruktif dimainkan Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turki dan Emeriah
00:38Arab Bersatu UAE
00:39dalam memudah cara proses rundingan tersebut.
00:42Menurut beliau, perkembangan itu memberi harapan ke arah penyelesaian diplomatik yang mampu memperkukuhkan keamanan dan keselamatan rantau berkenaan.
00:51Malaysia juga mengalung-alukan penglibatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam usaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan.
00:58Perdana Menteri turut berharap semua pihak yang terlibat dapat memanfaatkan peluang sedia ada bagi memastikan proses rundingan berjaya diselesaikan secara
01:06damai dan menyeluruh.
01:08Pada masa yang sama katanya, Malaysia menggesa semua pihak mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif.
01:14Ia bagi memperkukuhkan genjatan senjata semasa, disamping menjamin laluan selat melalui selat hormus selamat serta menangani kepentingan keselamatan semua negara
01:25di Asia Barat.
Comments

Recommended