Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sepanyol mengesahkan satu lagi kes hantavirus melibatkan individu yang sedang menjalani kuarantin di Madrid, menjadikan jumlah keseluruhan kepada dua kes. Pihak berkuasa menegaskan situasi masih terkawal dan tidak menjejaskan risiko kepada orang awam.
Transcript
00:00Seterusnya, Sepanyol mengesahkan satu kes baru jangkitan hantavirus dalam kalangan individu yang sedang menjalani kuarantin pencegahan di sebuah hospital di
00:10Madrid.
00:11Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol, kes positif itu dikesan semasa pemeriksaan diagnostik berkala yang dijalankan ke atas kontak rapat yang berada
00:20di bawah pemantauan kesihatan.
00:24Kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada dua kes positif dalam kalangan 14 warga Sepanyol yang sebelum ini dipindahkan ke
00:32Tenerife dari kapal persiaraan mewah MV Hondias.
00:36Kapal tersebut dilaporkan membawa kira-kira 150 penumpang dan kru dari 23 negara.
00:42Pada 11 Mei, Menteri Kesihatan Sepanyol mengumumkan seorang penumpang warga negara itu disahkan positif sejurus lepas operasi pemindahan dari kapal
00:50tersebut selesai dijalankan.
00:52Pihak Berkuasa Kesihatan maklumkan individu berkenaan telah berada di bawah pemantauan klinikal dan pengasingan sejak dimasukkan ke hospital selaras dengan
01:00protokol yang ditetapkan oleh sistem amaran awal dan respon pantas negara itu.
01:05Susulan pengesahan melalui ujian PCR, pesakit telah dipindahkan ke unit pengasingan tahap tinggi di Hospital Gomez ULA bagi menjalani rawatan
01:13lanjut.
01:14Dalam sesama, pihak Berkuasa Kesihatan menegaskan bahawa pengesahan kes baku dalam sistem kawalan dan pengasingan yang telah diaktifkan lebih awal.
01:22Justru situasi tersebut tidak menjejaskan tahap risiko kepada orang awam pada masa ini.
Comments

Recommended