00:00Film aksi tempatan tarung Unforgiven terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM20.3 juta sejak ditayangkan
00:11di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.
00:15Pencapaian itu sekaligus mengukuhkan kedudukan film berkenaan sebagai antara karya tempatan paling berjaya dan hangat diperkatakan tahun ini, khususnya dalam
00:25genre aksi tempatan.
00:29Pengarah penulis skrip merangkap penerbit eksekutif film itu, Razai Syam Rashid berkata kejayaan sebenar tarung Unforgiven bukan hanya diukur menerusi
00:37kutipan box office, sebaliknya bagaimana film itu diterima secara dekat oleh penonton.
00:42Menurut beliau, siri jelajah film yang berlangsung di beberapa lokasi memberi peluang untuk bertemu sendiri dengan peminat serta mendengar pandangan
00:50mereka mengenai karya tersebut.
00:51Sejak mula ditayangkan, tarung Unforgiven dilihat konsisten menarik kehadiran penonton selain menjadi topik hangat di media sosial.
00:59Momentum itu turut dipacu pendekatan barisan pelakon termasuk A.D. Ashraf, Mirul Aiman, Azira Syafinas, Amir Ahnaf dan Brom Palari
01:07yang aktif menyertai siri jelajah dan berinteraksi dengan peminat di seluruh negara.
01:11Sementara itu, A.D. yang juga pelakon, penerbit dan penerbit eksekutif film itu menyifatkan peluang bertemu peminat secara langsung sepanjang
01:19promosi sebagai antara pengalaman paling bermakna.
01:22Katanya sokongan yang diterima menerusi siri jelajah dan media sosial menjadi pembakar semangat kepada seluruh pasukan produksi.
01:29Tarung Unforgiven turut membariskan pelakon lain seperti Zul Arifin, Syarifah Sakinah, Ariel Zafril serta beberapa nama lain termasuk petarung profesional
01:38sebenar Jai JMT dan Ijam Asri.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments