Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Beberapa perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami kelewatan ekoran insiden kecurian kabel sepanjang kira-kira 100 meter di KM95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting.
Transcript
00:00Beberapa perkhidmatan tren elektrik ETS dan KTM Komuter Utara mengalami kelewatan ekoran insiden kecurian kabel sepanjang kira-kira 100 meter
00:10di km 95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting.
00:15Kereta Api Tanah Melayu Berhad KTMB dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu menyebabkan gangguan kepada sistem persemboyanan di laluan itu sekaligus
00:24menjejaskan operasi perkhidmatan tren di sektor utara.
00:29Kejadian dikesan oleh polis bantuan KTMB pada awal pagi selasa selepas pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat kehilangan kabel.
00:37KTMB memaklumkan beberapa perkhidmatan KTM Komuter Utara yang terlibat mengalami kelewatan kira-kira 23 sehingga 40 minit manakala semua perkhidmatan
00:47ETS di laluan itu dijangka mengalami kelewatan antara 3 sehingga 90 minit.
00:52Pasukan teknikal KTMB sedang giat melaksanakan kerja pembaikan dan pemulihan bagi menstabilkan semula operasi serta memastikan pergerakan tren kembali beroperasi
01:03seperti biasa secepat mungkin.
01:06Penumpang disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung status perjalanan dan kelewatan tren melalui media sosial rasmi KTMB serta merujuk petugas
01:16tesen bagi mendapatkan bantuan lanjut.
01:19KTMB memandang serius insiden kesyurian kabel kerana bukan sahaja menjejaskan kelancaran operasi tren malah turut memberi implikasi terhadap aspek keselamatan
01:29dan keboleh percayaan sistem perkhidmatan ril negara.
01:34KTMB turut memohon maaf atas segala kesulitan dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang.
Comments

Recommended