Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Keraguan terhadap tahap kesihatan mental Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meningkat ketika beliau dijadual menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan. Tinjauan menunjukkan lebih separuh rakyat Amerika percaya keupayaan mental beliau merosot, sekali gus mencetuskan semula perdebatan mengenai kecergasan kepimpinan.
Transcript
00:00Dalam pada itu, keraguan terhadap tahap kesihatan mental Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan semakin meningkat ketika beliau dijadwal menjalani
00:10pemeriksaan kesihatan tahunan di Walter Reed Medical Center pada selasa.
00:15Tinjauan yang dijalankan oleh media antarabangsa juga mendapati bahawa lebih separuh rakyat Amerika percaya keupayaan mental Trump mengalami kemerosotan ketara
00:25sepanjang tahun lalu.
00:28Perkembangan tersebut sekaligus menghidupkan semula perdebatan mengenai tahap kecegasan mental pemimpin berusia hampir 80 tahun itu.
00:36Sebelum ini juga, Trump dilaporkan sering menyampaikan ucapan yang meleret, menyimpang daripada topik asal dan mengandungi kenyataan yang tidak berkaitan.
00:45Bagaimanapun, Trump mengakui gaya percakapannya itu sebagai the weave iaitu pendekatan pertenturan yang panjang dan tidak tertumpu kepada satu topik.
00:51Jelas agensi antarabangsa setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada beliau akan menjalani ujian kognitif sebagai sebahagian daripada pemeriksaan
00:59kesihatan tersebut.
01:00Sebelum ini, Trump sering mendakwa beliau memperolehi keputusan cemelang dalam ujian kognitif sepanjang kempen politiknya.
01:07Menurut tinjauan Reuters yang dijalankan pada April, sebanyak 51% rakyat Amerika berpendapat keupayaan mental Trump merosot sepanjang tahun 2025
01:16hingga awal 2026.
01:17Kajian sama turut mendapati hanya sekitar satu per empat responden menganggap Trump sebagai pemimpin yang tenang dan stabil dalam menjalankan
01:25tugas sebagai presiden.
01:27Sementara itu, tinjauan oleh Washington Post turut menunjukkan hanya empat daripada sepuluh rakyat Amerika percaya
01:33Trump masih memiliki ketajaman mental yang diperlukan untuk memegang jawatan tersebut.
01:38Peratusan itu dilaporkan menurun berbanding beberapa bulan terdahulu sekaligus mencerminkan peningkatan kebimbangan dalam kalangan rakyat terhadap keupayaan kepimpinan beliau.
01:47Terima kasih.
Comments

Recommended