Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengumumkan penangguhan pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang sebelum ini dijadualkan bermula 1 Jun 2026.
Transcript
00:03Jabatan Imigresen Malaysia JIM mengumumkan penangguhan pelaksanaan pasport Malaysia antarabangsa PMA versi baru yang sebelum ini dijadualkan bermula 1 Jun
00:132026.
00:15Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Syabban, pelaksanaan pasport versi baru itu akan dijadualkan semula ke satu hari lain yang
00:23akan dimaklumkan kemudian.
00:25Menurut beliau, penangguhan tersebut dibuat bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat berada pada tahap terbaik.
00:35Orang ramai boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuatkuasa kekalsah digunakan sehingga tamat tempoh.
00:45Dalam pada itu, JIM memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan pasport versi baru berkenaan akan diumumkan melalui saluran rasmi jabatan
00:55dari semasa ke semasa.
00:56JIM turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan berterusan orang ramai serta komited untuk memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara disamping
01:08memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended