Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dalam perbualan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan mengenai lawatannya ke India pada September depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Transcript
00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengadakan perbualan telefon dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Si Joseph Vijay,
00:07serta mengucapkan tahniah atas amanah besar yang sedang digalas beliau demi rakyat negeri itu.
00:13Menuruti hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata dalam perbualan tersebut,
00:16beliau turut memaklumkan mengenai lawatannya ke India pada September depan
00:20bagi menghadiri sidang kemuncak BRICS serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
00:26Menurut Perdana Menteri, sekiranya berkesempatan, lawatan itu juga akan disusuli dengan kunjungan singkat ke Tamil Nadu.
00:33Pada masa sama, Anwar turut mendoakan agar Vijay terus diberikan kekuatan dan hikmah
00:38untuk memimpin serta mentadbir dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Tamil Nadu.
00:44Vijay mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan rakyat Dewan Undangan Negeri Tamil Nadu pada 2026 pada awal bulan ini.
00:51Kerajaan pimpinannya disokong 144 anggota Dewan, manakala 22 undi menentang dalam Dewan yang mempunyai 234 kerusi.
Comments

Recommended