00:00China menghantar bantuan kemanusiaan baru kepada Cuba berupa penghantaran beras berskala besar ketika negara Caribbean itu terus berdepan tekanan ekonomi
00:10dan sekatan berterusan daripada Amerika Syarikat.
00:13Duta China ke Cuba, Huazin berkata, bantuan itu merupakan pakej bantuan makanan tunggal terbesar disalurkan Kerajaan China kepada Cuba dalam
00:22beberapa tahun kebelakangan ini.
00:26Rekaman televisyen Kerajaan Cuba menunjukkan kapal membawa muatan beras dari China tiba di pelabuhan Havana sebelum kerja pemungkahan dijalankan menggunakan
00:34fort lift dan kran.
00:36Majlis turut dihadiri timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan Luar dan Pelaburan Asing Cuba Oscar Perez Oliver Fraga.
00:44Bantuan itu akan dihantar menerusi empat penghantaran berasingan melibatkan 15,000 tan metrik setiap satu.
00:49Dua penghantaran akan tiba di pelabuhan Havana manakala dua lagi di pelabuhan Santiago di Cuba bagi memastikan bekalan beras dapat
00:57diagihkan ke seluruh negara.
00:59Penghantaran kedua ke Santiago di Cuba kini dalam perjalanan manakala baki dua lagi sedang dimuatkan di pelabuhan di China sebelum
01:06dihantar ke pulau itu.
01:07Penghantaran ke Pulau itu.
Comments