Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan 17 jenis barangan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 bagi memastikan bekalan mencukupi serta harga kekal terkawal.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup KPDN menetapkan 17 jenis barangan di bawah pelaksanaan skim harga maksimum musim
00:07perayaan atau SHMMP sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai 2026 untuk memastikan bekalan mencukupi serta harga kekal terkawal.
00:17Menterinya Datuk Armizan Ali berkata bagi Pesta Keamatan di Sabah jumlah barangan terlibat ditingkatkan kepada 12 jenis berbanding 10 tahun
00:26lepas dengan penambahan halia tua import dan ubi kentang import dari China.
00:31Untuk Pesta Keamatan di Sabah ini tahun lepas jumlah barangan yang terlibat 10 syukur kita dapat tambah 2 menjadikan 12
00:46untuk tahun ini dan 2 barangan yang ditambah bagi Keamatan adalah halia tua import dan juga ubi kentang import daripada
00:58China
00:59dan untuk Sarawak pula tambahan 1. 11 tahun lalu dan 12 tahun ini dan pertambahan itu adalah daging kerbau import
01:08dari India.
01:10Dan penyeleraian ini adalah hasil daripada perbincangan antara KPDN, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan juga pihak industri.
01:22Armizan berkata demikian selepas meninjau program jualan rahmah PGR Madani di Kundasang pada Jumaat.
01:28Beliau turut memaklumkan tren harga barangan bagi Keamatan tahun ini menunjukkan keadaan yang lebih stabil apabila 6 barangan mencatatkan penurunan
01:37harga maksimum,
01:383 barangan kekal pada kadar tahun lalu dan 2 barangan baharu diperkenalkan.
01:43Bagi sambutan Hari Gawai pula 5 barangan mengalami penurunan harga maksimum, 3 barangan kekal pada harga sedia ada,
01:49manakala 1 barangan baharu dimasukkan dalam senarai kawalan.
01:53KPDN akan menugaskan pegawai penguatkuasa di pasar awam, pasar tani, pasar tamu dan pusat membeli belah bagi memastikan pematuhan harga
02:01maksimum yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan skim.
Comments

Recommended