00:00Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan khas keluarga kepada penghuni penjara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Pesta
00:10Keamatan dan Hari Gawai tahun ini.
00:13Lawatan khas itu melibatkan semua institusi penjara di seluruh negara termasuk Pusat Pemulihan Ahlak, Pusat Korreksional Khas, Pusat Tahanan Khas
00:22dan Sekolah Henry Gennie.
00:26Bagi sambutan Aidiladha, lawatan bersemuka akan diadakan pada 29 dan 30 Mei bermula jam 8.15 pagi hingga 4.15
00:35petang dengan keutamaan diberikan kepada penghuni beragama Islam.
00:40Sementara itu, lawatan khas sempena keamatan di Sabah di jadual berlangsung pada 4 dan 5 Jun, manakala sambutan gawai di
00:48Sarawak pula pada 5 dan 6 Jun depan.
00:51Jabatan Penjara memaklumkan semua pelawat diwajibkan membawa kad pengenalan serta kad lawatan bagi melancarkan urusan kemasukan.
00:59Pelawat juga tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman untuk penghuni penjara, sebaliknya ia boleh dibeli di kantin penjara.
01:08Dalam pada itu, semua pelawat tertakluk kepada akta dan peraturan penjara termasuk pemeriksaan fizikal ketika memasuki meninggalkan premis penjara.
01:16Bagi ahli keluarga yang tidak dapat hadir secara fizikal, sesi pertemuan secara dalam talian turut disediakan selama tiga hari mengikut
01:25sambutan perayaan masing-masing.
01:27Terima kasih telah menonton!
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments