00:00Indonesia merancang memperkukuh pengawasan ke atas produk tembakau dan rokok elektronik. Langkah itu susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penggunaan
00:09vape dalam kalangan belia serta dawaan penyalahgunaannya bagi pengambilan narkotik.
00:18Ketua Badan Pengawas Ubat dan Makanan BPOM Taruna Ikhra berkata, Indonesia kini berdepan situasi kecemasan perokok baharu dengan prevalens perokok
00:27aktif dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 hingga 18 tahun mencecah 7.4% atau lebih 5
00:36juta belia di seluruh negara.
00:37Beliau berkata penggunaan rokok elektronik turut meningkat susulan promosi naratif pengurangan mudarat oleh industri walaupun tiada bukti konklusif bahawa vape
00:47lebih selamat berbanding rokok konvensional.
00:50Tegasnya bagi memperkukuh sistem pengawasan, Badan itu telah mengeluarkan Peraturan BPOM No.18 mengenai Pengawasan Produk Tembakau dan Rokok Elektronik
01:00serta Peraturan BPOM No.19 Tahun 2025 mengenai garis panduan tindakan susulan terhadap hasil pengawasan ubat dan bahan yang boleh
01:09menyebabkan ketagihan.
01:11Taruna berkata BPOM turut melaksanakan projek rintis pengawasan di beberapa wilayah sepanjang 2025 dengan dapatan menunjukkan pematuhan terhadap keperluan terkini
01:22masih perlu dipertingkatkan khususnya berkaitan perlindungan kanak-kanak dan remaja.
01:27Jelasnya lagi agensi itu juga sedang membangunkan BPOM Watch aplikasi berasaskan web bagi hub kawalan tembakau, sebuah platform pelaporan digital
01:36yang bertujuan meningkat pematauan dan accountability dalam kalangan pengendali perniagaan.
01:43Sementara itu, Ketua Pusat Makmal Narkotik di Badan Narkotik Nasional Supianto berkata penyalahgunaan narkotik melibatkan peranti VIP semakin berluasa di
01:52Indonesia dengan golongan muda antara sasaran utama.
01:55Justeru beliau menggesa negara untuk segera campur tangan bagi menghenti eksploitasi VIP sebagai alat utama penyalahgunaan narkotik dengan mengharamkan sepenuhnya
02:05pengedaran VIP di Indonesia.
02:08Terima kasih kerana menonton!
02:09Terima kasih kerana menonton!
Comments