00:00Seorang lelaki mengaku di Mahkamah Magistret Shah Alam pada Jumaat bahawa dia telah mengurung remaja lelaki berusia 14 tahun kerana
00:08mahu mencuri emas di rumah mangsa.
00:10Tertuduh Muhammad Fadwan Abdul Mu'ain, 42 tahun, memberitahu mahkamah pada hari kejadian dia mengikat mangsa bagi mendapatkan maklumat sebelum
00:19memecah masuk rumah ibu bapa mangsa.
00:21Dia yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengurung dan mencederakan remaja itu kemudiannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman seberat-beratnya.
00:31Bagi kesalahan mengurung mangsa, duda yang mempunyai seorang anak itu dihukum penjara sembilan bulan bermula Jumaat sementara kes mencederakan remaja
00:40sama dia dihukum penjara enam bulan selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan mengurung tersebut.
00:47Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengaku bersalah di mahkamah Session Shah Alam atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke
00:55atas mangsa sama.
00:57Susulan itu dia dihukum di bawah Seksyen 14 kurungan D Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyul Terhadap Kanak-Kanak 2017.
01:05Bagaimanapun, Hakim Rashihah Ghazali menetapkan 8 Jun depan untuk fakta kes dan jatuh hukum.
01:11Sementara di hadapan Hakim Mahkamah Session, Hasniah Abdul Razak pula, lelaki itu dituduh merompak Aminah Yeni Fernata pada 8 Mei
01:21lalu dengan mengambil wang tunai RM200, telefon bimbit, permit masuk Malaysia, dua kad ATM, lesin memandu dan sebuah motosikal Suzuki
01:30berwarna biru.
01:32Kesalahan tersebut didakwa dilakukan dekat sebuah rumah kosong di Jalan Anggerik Vanila, Kota Kemuning, Shah Alam kira-kira pukul 8
01:39.45 pagi.
01:41Bagi kesalahan mencuri motosikal tersebut, dia dituduh di hadapan Magistret Sintia Norhaizian Sulaiman.
01:48Malah untuk melakukan kesalahan itu, dia juga didakwa menyamar sebagai penjawat awam dan dituduh di hadapan Magistret Sama di bawah
01:56Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
01:58Juga di hadapan Magistret Sintia Norhaizian, Mohamad Fadwan didakwa kira-kira pukul 12.30 pada 15 Mei lalu memasukkan dadah
02:08ke dalam badannya di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
02:12Tertuduh kemudiannya dikenakan hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan kerana merompak seorang wanita.
02:19Satu tahun bagi kesalahan mencuri motosikal.
02:22Bagi kesalahan memasukkan dadah, mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk sebutan semula kes.
Comments