Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan SPRM untuk mendapatkan perintah larangan akses terhadap aset bernilai RM548 juta yang didakwa milik Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, anaknya serta tujuh pihak lain di Singapura. Hakim memutuskan pihak pendakwaan gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 53 AMLA. SPRM bagaimanapun memaklumkan akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat menolak permohonan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM bagi mendapatkan perintah larangan akses terhadap
00:10aset bernilai RM548 juta didakwa milik isteri Allahyarham Tundaim Zainuddin, Tuh Puan Naimah Abdul Khalid, anaknya serta tujuh pihak lain
00:20di beberapa buah akaun bank Singapura.
00:22Hakim Muhammad Arif Emran Arifin menolak permohonan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 53 Akta
00:32Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
00:42Menurut Hakim Muhammad Arif, peruntukan di bawah Seksyen 53 Akta tersebut tidak dipenuhi, justru permohonan itu ditolak.
00:50Bagi proseding yang dijalankan pada Jumaat, Naimah, anaknya serta tujuh pihak lain diwakili Peguam Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au.
01:01Menekala Timbalan Pendawar Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat hadir mewakili pihak pendakwaan.
01:09Bagaimanapun SPRM memaklumkan bakal memfailkan notis rayuan dalam masa terdekat terhadap keputusan penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
01:18Pada 19 Jun 2025, SPRM memfailkan permohonan secara ex-parti atau sebelah pihak bagi menghalang Naimah,
01:27anaknya Muhammad Amir Zainuddin, dua individu, lima syarikat serta mana-mana pihak berkaitan daripada menguruskan harta di luar Malaysia.
01:36Harta tersebut melibatkan wang pelaburan berjumlah 21 juta pound sterling serta 99 juta dolar Amerika yang ditempatkan di Singapura.
01:48Permohonan oleh SPRM itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Sama,
01:53susulan siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan serta Seksyen 4 Kurungan 1 Akta Berkenaan.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended