Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Konsulat yang dinaik taraf itu merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas Amerika Syarikat (AS) untuk memperluas kehadiran diplomatik dan strategiknya di Greenland, wilayah separa autonomi dalam Kerajaan Denmark, ketika Presiden Donald Trump terus menunjukkan minat terhadap pulau Artik itu.
Transcript
00:00Ratusan penduduk berarak di ibu negara Greenland pada Khamis bagi membantah pembukaan konsulat Amerika Syarikat yang lebih besar.
00:07Beberapa rakaman tulang menunjukkan penunjuk perasaan melaungkan Go Home USA.
00:15Mereka turut membawa sepanduk bertulis kami tidak mahu wang anda ketika tetamu di Pejabat Diplomatik Baharu di Tengah Nuuk menghadiri
00:24majlis sabutan sepenuh perluasan konsulat itu.
00:27Konsulat yang dinaik taraf itu adalah sebahagian usaha berterusan Amerika untuk memperluas kehadiran diplomatik dan strategiknya di Greenland, wilayah separa
00:36autonomi dalam kerajaan Denmark.
00:38Langkah itu dilakukan ketika Presiden Donald Trump terus menunjukkan minat terhadap Pulau Artik itu.
00:44Perdana Menteri Greenland Jens Frederick Nielsen enggan menghadiri majlis pembukaan itu manakala beberapa pegawai lain turut tidak hadir ketika hubungan
00:52dengan Washington masih tegang.
00:54Beberapa anggota parlimen juga secara terbuka menolak jemputan ke acara konsulat dengan berujuk kepada iklim politik semasa.
01:02Duta Amerika ke Denmark Ken Howery berkata, Amerika Syarikat menolak penggunaan kekerasan dan menegaskan masa depan Greenland mesti ditentukan rakyat
01:11Greenland sendiri.
01:12Namun di sebalik jaminan itu, pembukaan konsulat berkenaan menyerlahkan penentangan awam yang semakin meningkat serta kegusaran politik terhadap perluasan kehadiran
01:22Amerika di pulau itu.
Comments

Recommended