Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pembangunan fasa baharu infrastruktur kelab termasuk projek naik taraf Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Larkin, serta pembinaan pusat latihan berpusat bertaraf dunia di Iskandar Puteri yang bakal menjadi hab utama semua skuad JDT.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan bola sepak Johor Darul Tazim JDT mengumumkan bakal membangunkan satu fasa baru infrastruktur klub bola sepak tersebut.
00:09Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik klub Tunku Mahkota Ismail turut menyatakan pembangunan tersebut bertujuan meningkatkan kualiti sukan bola sepak
00:19tempatan khususnya di Johor.
00:21Ujar Baginda perancangan menaik taraf Stadium Sultan Ibrahim akan diteruskan ke fasa seterusnya manakala Stadium Larkin pula bakal melalui projek
00:30naik taraf secara menyeluruh.
00:32Tumpuan kini terarah kepada pembangunan pusat latihan baru yang disifatkan sebagai sumbangan terakhir Baginda kepada klub JDT.
00:40Jelas Tunku Mahkota Ismail pusat latihan baru itu bakal menjadi antara yang terbaik di dunia dan mampu dibanggakan oleh seluruh
00:46penyokong Johor.
00:47Pada 19 Mei, Baginda berkenan menyempurnakan majlis pecatanah bagi pembangunan pusat latihan baru JDT di Iskandar Puteri.
00:55Antara lain, ia akan menjadi hub utama kepada semua pasukan JDT meliputi sekuat junior hingga senior.
01:03Kemudahan bertaraf dunia itu juga akan menyediakan beberapa fasiliti termasuk padang latihan, latihan tertutup, pusat perubatan, stadium mini dan auditorium.
01:17Terima kasih.
01:18Terima kasih.
Comments

Recommended