00:02GBS dan Gabungan Parti Sarawak, GBS, yang telah menyatakan kekal bahawa parti-parti tersebut terus kekal menyokong dan akan bersama
00:13dengan Kerajaan Perpaduan segi tamat penggal pentadbiran.
00:16Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara, sekaligus membolehkan Kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk
00:27menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
00:37Yang amat berhormat Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan terhadap penganjuran sambutan-sambutan Hari Belia serta Hari Guru dan pelbagai acara
00:49rasmi Kerajaan yang kini dilaksana secara lebih sederhana tanpa menjejaskan objektif dan pengisian program.
00:58Pendekatan kesederhanaan ini penting dalam memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemah dan berfokus selaras dengan usaha mengutamakan kebajikan rakyat serta keperluan
01:13semasa negara.
01:14Seterusnya, yang amat berhormat Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa langkah-langkah penyelarasan keutamaan perbelanjaan mengurus bagi setiap kementerian yang berdasarkan
01:30keutamaan telah mula menunjukkan hasil yang positif tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan program-program kementerian.
01:42Keutamaan terus diberi kepada pengukuhan perkhidmatan barisan hadapan atau frontliners khususnya dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan demi memastikan kebajikan
01:57rakyat terus terpelihara.
02:01Akhir sekali, Jemaah Menteri mengambil maklum dan menghargai inisiatif Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia atau FMM dalam melaksana kaji selidik bagi
02:14mengenalpasti cabaran dan isu-isu khusus yang dihadapi oleh pelbagai sektor dan industri di kalangan ahli gabungan tersebut.
02:24Dapatan kaji selidik tersebut akan dapat membantu kerajaan merangka dan menyelaras pelbagai inisiatif secara lebih strategik, berfokus dan berkesan bagi
02:38memastikan isu-isu serta permasalahan industri dapat ditangani secara menyeluruh, tuntas dan mampan.
02:48Sekian, terima kasih.
03:02Dato' bagi tadi penyelarasan perbelanjaan tadi itu, ada tak breakdown untuk setiap kementerian? Berapa banyak yang telah disiifkan?
03:10Tidak, tapi yang amat berhormat Perdana Menteri menyatakan anggaran dari segi target ataupun jumlah yang ingin diletakkan keutamaan sekarang telah
03:26mencecah lebih kurang 50% daripada sasaran.
03:35Adakah disentuh mengenai peletakan jawatan ahli parlimen dan kerajaan dalam masyarakat tadi?
03:43Tidak.
03:45Cuma ada dimaklumkan mengenai dari segi persiapan untuk sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 22 Jun, di mana dua
03:58orang ahli parlimen, bekas ahli parlimen itu telah mengosongkan kerusi mereka. Itu yang telah dimaklumkan.
04:10Bagi-bagi mikrofon, supaya yang lain pun boleh dengar.
04:14Pak Is, saya pernah bernama. Beritanya sikit perkembangan mengenai isu Kelab Media Johor membuat laporan mengenai insiden kekasaran yang berlaku
04:22ketika konvensyen Johor.
04:24Ya, selaku pengarah bagi konvensyen tersebut, saya amat kesal dengan kejadian. Apatah lagi bila saya amat mengenali pasukan media Johor.
04:38Dan bagi saya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
04:44Saya telah minta supaya pihak sekretariat meneliti aduan yang telah dibuat dan cuba mengenalpasti apakah isu dan siapa yang mungkin
04:55terlibat untuk kita ambil tindakan selepas ini.
05:01Tapi, bagi saya dalam apa-apa acara, wartawan perlu diberikan ruang sepenuhnya.
05:08Masa yang sama, saya juga memahami dalam keadaan-keadaan tertentu, terutama di ruang-ruang fizikal yang agak terhad.
05:20Ataupun dalam keadaan jumlah kehadiran itu agak tinggi dan ada pergerakan individu yang ingin diwawancara,
05:33kadangkala berlaku insiden-insiden yang tidak diingini, terutama untuk para wartawan.
05:39Sudah pasti bagi pihak sekretariat, kita ada menyediakan beberapa prasarana untuk memudahkan pihak media melaksana tugas mereka.
05:57Tapi mungkin dalam keadaan tertentu, keadaan mungkin di tempat-tempat tertentu, dia agak sesak.
06:07Kita akan ambil maklum dan cuba untuk perbaiki.
06:14Baik, dari Jaden, BFM News.
06:18The Ministry plans to restrict social media for under 16 by mid-year, heavily relying on MyCard or EKYC verification.
06:28Given major pushback from tech platforms and civil society over data leaks and mass surveillance risks,
06:35How will the Ministry ensure high certainty age verification without compromising user privacy?
06:43Baik, dalam beberapa perkara ini, saya akan minta supaya pihak MCMC mengadakan sesi taklimat khusus untuk rakan-rakan media
06:50dan mungkin persoalan-persoalan khusus boleh dijawab, soalan-soalan teknikal boleh dijawab dengan sepenuhnya.
07:01Dari segi dasar, kita sedia maklum dalam negara kita pada waktu ini, dari segi pengesahan umur,
07:09memang dokumen seperti MyCard dan sebagainya ada digunakan untuk membuat pengesahan.
07:16Pada waktu saya sendiri sebagai pengalaman pribadi, melakukan pengesahan untuk Facebook verified account,
07:26memang ada dokumen yang saya berikan kepada pihak Facebook untuk mengesahkan itu adalah, page itu adalah milik saya.
07:35Dan kita tahu pada waktu ini, terutama untuk perkhidmatan e-wallet, pengesahan identiti itu dilakukan dengan menggunapakai dokumen rasmi kerajaan,
07:48termasuk MyCard.
07:49Maka, dari segi dasarnya, kita lihat tidak ada percanggahan antara dasar untuk pelaksanaan pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi kerajaan
08:02bila ada sektor-sektor lain dalam negara kita yang telah menggunakan dasar yang sama.
08:09Dari segi keserasian ataupun dari segi keselamatan data pribadi, sudah pasti Akta Perlindungan Data Pribadi terpakai untuk tujuan mengendalikan data
08:30pribadi.
08:34Isabel, dari AFP, was the issue of an early general elections or snap polls discussed at the cabinet meeting today?
08:43Yang ma'umat Perdana Menteri memandangkan beliau ada bercakap tentang soal ini sewaktu konvensyen Pakatan Harapan pada ahad lalu,
08:53beliau ada memaklumkan kepada Jumlah Menteri tentang perkara tersebut dan itulah.
09:01yang saya sebut di awal tadi mengenai komitmen daripada parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan
09:09yang menyatakan mereka berhasrat untuk terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal.
09:21Jadi komitmen itu yang telah diulangi dalam mesyuarat Jumlah Menteri pada hari ini.
09:29Baik, ada apa-apa soalan lain?
09:31Tak ada?
09:32Baik, saya ucapkan terima kasih.
09:34Minggu hadapan mesyuarat Jumlah Menteri akan diadakan pada hari Isnin
09:39dan kita akan maklumkan mengenai sidang media.
09:44Baik, terima kasih. Assalamualaikum. Thank you.
09:45Terima kasih.
09:45Terima kasih.
Comments