Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Empat remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pemandu e-hailing wanita, awal bulan ini.
Transcript
00:00Empat remaja mengaku bersalah di Mahkamah Magistrit Alu Gajah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pemandu e-hailing wanita awal
00:09bulan ini.
00:10Tertuduh yang berusia 14 hingga 17 tahun didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa menggunakan sebatang besi serta
00:19menjerut leher mangsa sehingga mendatangkan kecederaan.
00:22Keempat-empat remaja tersebut didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Kesiksaan dan dibaca bersama Seksyen 324 Kanun Kesiksaan yang membawa
00:31hukuman penjara 3 tahun atau denda atau sebat.
00:34Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 selain penjaga perlu menemani kanak-kanak berkenaan setiap kali hadir ke mahkamah.
00:42Mahkamah menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan akhlak.
00:47Media sebelum ini melaporkan empat remaja ditahan polis selepas dipercayai menyerang seorang pemandu e-hailing wanita dalam kejadian di Kuala
00:55Sungai Baru.
00:56Mangsa dipercayai diserang sehingga lebam dan bengkak di kepala, badan, kaki dan tangan selain kesan jerutan di leher selepas menghantar
01:05ke semua suspek ke kawasan berhampiran hutan di Pekan, Kuala Sungai Baru.
01:09Tindakan itu dipercayai kerana suspek mengelak untuk membayar tambang perkhidmatan e-hailing berkenaan.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended