00:00Kemajuan penggunaan kecerdasan buatan AI dalam organisasi tidak lagi bergantung semata-mata kepada kesediaan teknologi.
00:07Sebaliknya, semakin dipacu oleh pulangan pelaburan ROI yang dilihat semakin tinggi dan mampu mempercepatkan proses transformasi digital syarikat.
00:17Ketua Pegawai Eksekutif AITraining2U.com dan pengasas bersama Supergroup Warren Liu berkata,
00:23potensi pulangan daripada pelaksanaan AI ketika ini cukup besar. Namun, aspek tak berurus serta keselamatan kekal menjadi faktor utama sebelum
00:32sesebuah organisasi boleh bergerak lebih pantas.
00:37Bagaimana anda menjelaskan dalam ekosistem anda sehingga ia tidak bergantung?
00:40So, that is why pada sekarang yang paling penting ni untuk membolehkan sesebuah syarikat untuk berganjat dengan lebih dan bergerak
00:50dengan lebih cepat,
00:51AI dengan IT perlu dan juga HR perlu bekerja secara bersama kerana IT yang menjalankan tanggungjawab untuk menjaga governance dan
01:04security,
01:04tapi ia berkembang dengan area yang baru lah. Sama ada AI automation ke dengan AI agent yang ada,
01:12vibe coding, AI analytics, AI ethics dan juga AI marketing dan seterusnya.
01:18Tambah beliau, pemimpin organisasi tidak lagi boleh sekadar memantau perkembangan kecerdasan buatan AI dari sudut strategik semata-mata,
01:25sebaliknya perlu terlibat secara langsung bagi memahami tahap kemajuan teknologi itu yang berkembang pantas.
01:32Warren berkata pemimpin syarikat termasuk ketua pegawai eksekutif, pengurus C-suite dan pemilik perniagaan perlu mendalami sendiri penggunaan AI
01:41agar dapat mengenalpasti kesesuaian teknologi itu dengan operasi organisasi masing-masing.
01:47Pengalaman secara langsung membolehkan pemimpin memahami keupayaan sebenar AI pada masa ini sebelum mengintegrasikannya ke dalam proses kerja dan sistem
01:56organisasi.
01:57Menurut beliau, kelajuan evolusi teknologi menyebabkan organisasi sukar mengikuti perubahan sekiranya keputusan dibuat tanpa pengalaman penggunaan sebenar di peringkat pengurusan.
02:09Jelasnya pendekatan lebih praktikal itu membolehkan syarikat mendapatkan input yang lebih tepat bagi tujuan membuat keputusan, cadangan strategik, pengurangan kos
02:18operasi, peningkatan kecekapan serta memwujudkan lebih banyak masa untuk tenaga kerja memberi tumpuan kepada tugasan bernilai tinggi.
02:25Beliau berkata penggunaan AI juga bukan lagi sekadar soal teknologi tetapi semakin berkait rapat dengan pengurusan manusia dan pembangunan bakat
02:34dalam organisasi.
02:36Katanya AI perlu dilihat sebagai alat memperkasakan pekerja agar mereka mampu menghasilkan lebih banyak nilai dan meningkatkan produktiviti.
02:44Beliau berkata demikian dalam Niaga Awani pada Selasa.
02:48Terima kasih telah menonton!
Comments