00:03Malaysia mencatat peningkatan ketara dalam tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi utama negara meningkat kepada 71 mata tahun ini berbanding 66
00:13mata pada tahun 2025.
00:15Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Edelman Malaysia dan Penasihatkanan Edelman Asia Tenggara Mazuin Zin, disebalik perkembangan positif itu, kajian terbaru
00:26Edelman Trust Barometer 2026 menedahkan wujud kebimbangan terhadap peningkatan tidak mempercayai golongan yang mempunyai perbezaan pandangan, latar belakang serta sumber
00:38maklumat.
00:40Ujarnya pencapaian itu sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ketujuh paling dipercayai daripada 28 pasaran global yang dikaji.
00:47Bagaimanapun, beliau menegaskan cabaran seterusnya adalah untuk memperluaskan kepercayaan tersebut merentasi kelompok masyarakat yang berbeza.
00:55Tahap kepercayaan sedia ada dilihat lebih tertumpu dalam kalangan individu yang berkongsi nilai, sumber maklumat serta komuniti yang sama.
01:02Tegasnya, Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada tahap kepercayaan yang tinggi sekiranya jurang dalam masyarakat semakin melebar.
01:10Usaha merapatkan jurang berkenaan bukan sahaja penting dari sudut sosial, malah kritikal dalam memastikan pertumbuhan negara dapat diteruskan.
01:18Di samping itu, beliau turut menekankan peranan komunikasi sebagai elemen penting dalam menyatukan masyarakat.
01:24Kajian mendapati 65% rakyat Malaysia mempunyai kecenderungan Insular Trust Mindset iaitu berasa ragu atau enggan mempercaya individu yang berbeza
01:34daripada mereka dari segi nilai, pandangan sosial atau latar budaya.
01:38Hasil kajian juga menunjukkan hanya 37% rakyat Malaysia mendapatkan maklumat daripada sumber yang mempunyai pandangan politik berbeza sekurang-kurangnya
01:46sekali seminggu.
01:48Sementara itu, dari segi institusi, tahap kepercayaan terhadap perniagaan berada pada 76%, diikuti kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan masing-masing
01:56pada 72%, media sepenyak 65% serta majikan pada 82% dalam kalangan pekerja.
02:04Menurut Presiden Malaysian Press Institute MPI, Dato' Yong Suh Yong, tahap kepercayaan tinggi dalam kalangan rakyat terhadap institusi dan sektor
02:12perniagaan merupakan aset penting negara.
02:14Kepercayaan tersebut mampu membantu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi serta perpaduan masyarakat dalam suasana global yang semakin mencabar.
02:23Beliau turut mengingatkan bahawa ketidaktentuan ekonomi global, isu geopolitik serta tindakan pihak tertentu yang memainkan sentimen kaum dan agama boleh
02:32menjejaskan usaha membina perpaduan.
02:35Tegasnya, perpecahan yang berterusan dalam masyarakat berpotensi meruntuhkan asas penyatuan jika tidak ditangani dengan segera.
Comments