Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Sebuah lubang benam di Lapangan Terbang LaGuardia, New York memaksa penutupan salah satu landasan pada Rabu, sekali gus menyebabkan pembatalan dan kelewatan ratusan penerbangan ketika kerja pembaikan kecemasan dijalankan.
Transcript
00:00Seterusnya, sebuah lubang benam yang dikesan di lapangan terbang Laguadia, New York pada Rabu memaksa salah satu landasan ditutup sekaligus
00:09mencetuskan pembatalan dan kelewatan penerbangan.
00:13Ketika ini, kerja-kerja pembaikan kecemasan masih dijalankan.
00:16Pihak berkuasa pelabuhan New York dan New Jersey yang menguruskan lapangan terbang di sekitar New York City memaklumkan lubang benam
00:25itu dikenalpasti sekitar jam 11 pagi waktu tempatan ketika pemeriksaan rutin harian dijalankan di kawasan landasan.
00:34Menurut pihak berkuasa, penutupan landasan berkemungkinan memberi kesan kepada operasi penerbangan, lebih-lebih lagi dengan ramalan ribut petir dijangka melanda
00:43kawasan itu pada hari sama.
00:44Kenyataan pihak berkuasa lapangan terbang menyebut, pengembara perlu menjagakan kelewatan dan pembatalan penerbangan, khususnya dengan ramalan ribut petir.
00:54Sementara itu, pentadbiran penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat memaklumkan pihaknya memperlahankan aliran penerbangan masuk ke lapangan terbang Laguadia, susulan faktor cuaca
01:04dan insiden lubang benam berkenaan.
01:05Data laman penjejakan penerbangan FlightAware menunjukkan kira-kira 200 penerbangan atau 17% daripada keseluruhan penerbangan berlepas dan tiba di
01:16Laguadia dibatalkan, manakala sekitar 190 lagi mengalami kelewatan.
01:22Syarikat penerbangan utama di Laguadia, Delta Airlines, menyumbang kira-kira 40% daripada keseluruhan operasi penerbangan di lapangan terbang itu.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended