Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Lembaga Keamanan Gaza berdepan jurang pembiayaan besar apabila sebahagian dana AS$17 bilion yang dijanjikan belum disalurkan, menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan pentadbiran dan usaha pembinaan semula wilayah itu.
Transcript
00:00Lembaga Keamanan BOP yang ditubuhkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menyelia pentadbiran dan pembinaan semula Gaza, kini berdepan kekurangan
00:09dana bagi melaksanakan usaha berkenaan.
00:13Badan tersebut dikatakan berdepan jurang besar antara jumlah sebenar dana yang disalurkan dengan angka $17 bilion Amerika, sebagaimana dijanjikan kepada
00:24organisasi berkenaan.
00:27Laporan bertarikh 15 Mei kepada Majlis Keselamatan Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC mendedahkan dana yang dijanjikan tetapi belum disalurkan itu
00:36menyebabkan perbezaan besar dalam rangka kerja yang wujud di atas kertas dan yang benar-benar dilaksanakan di lapangan untuk rakyat
00:43Gaza.
00:44Kekurangan dana itu telah mencetuskan kebimbangan tahap keberkesanan BOP yang sebelum ini dikritik kerana didakwa cuba mengetepikan peranan organisasi antarabangsa
00:53dan badan perantuan lain yang tidak dikendaki Israel dalam usaha membentuk masa depan Gaza.
00:58Laporan menyebut sebelum ini BOP hanya menerima sebagian kecil daripada $17 bilion dana yang dijanjikan, namun laporan tersebut ditolak oleh
01:07badan itu selepas mendakwa tiada sekatan keuangan yang berlaku.
01:12Kos pembinaan semula Gaza yang sebagian besar kawasannya musnah akibat perang Israel dianggarkan mencecah $70 bilion.
01:20Laporan kepada UNSC menyatakan jurang pembayaan perlu ditutup dengan segera, namun tidak memperincikan saiz sebenar kekurangan dana tersebut.
01:29BOP diluluskan oleh PBB sebagai sebagian daripada pelan damai antara Israel dan kumpulan Hamas, namun beberapa negara memilih untuk tidak
01:37menyertai badan tersebut.
01:38Negara seperti Amerika Syarikat, Arab Saudi, Emirat Arab Bersatu, UAE dan Qatar menjanjikan dana kepada lembaga itu termasuk Maghribi, Uzbekistan
01:47serta Kuwait.
01:48Israel pula terus menyekat akses bantuan kemanusiaan ke Gaza serta melancarkan serangan berulang yang membunuh lebih 800 rakyat Palestine di
01:56wilayah tersebut sejak kerencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober lalu.
Comments

Recommended