00:00Malaysia Aviation Group MAG menjangka harga bahan api pesawat berada antara $120 hingga $130 setung dalam tempoh setahun akan datang,
00:11susulan ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan bahan api yang terus memberi tekanan kepada industri penerbangan global.
00:18Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin E. Bakar berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan petunjuk semasa pasaran hadapan
00:28ketika syarikat penerbangan berdepan ketidaktentuan harga bahan api.
00:33Menurut beliau, harga bahan api sebelum ini berada pada sekitar $100 setung sebelum ketegangan geopolitik menyebabkan kenaikan menjadak sehingga mencecah
00:42$240 setung.
00:44Nasaruddin berkata, ketegangan geopolitik melibatkan Iran bukan saja meningkatkan kos bahan api, malah menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan, sekaligus memberi cabaran
00:53operasi kepada syarikat penerbangan di seluruh dunia.
00:57Beliau berkata bahan api kini menyumbang kira-kira 30% daripada keseluruhan struktur kos MAG dengan kenaikan harga bahan api
01:04meningkatkan sehingga 20% lagi kos operasi syarikat penerbangan itu.
01:08Bagaimanapun katanya, buat masa ini MAG tidak memindahkan peningkatan kos itu kepada penumpang.
01:14Sebaliknya, ia sedang melaksanakan pelbagai langkah mitigasi bagi mengurangkan impak kenaikan harga bahan api.
01:20Selain cabaran kos, beliau berkata perubahan dinamik penerbangan global susulan gangguan laluan di Asia Barat turut membuka peluang kepada syarikat
01:28penerbangan Asia Tenggara.
01:30Menurut beliau, pelancong dari Australia dan New Zealand ke Eropah kini semakin memilih transit di hab Asia Tenggara termasuk Kuala
01:37Lumpur, Singapura dan Bangkok bagi mengelakkan lokasi transit di Asia Barat.
01:42Pada masa sama, beliau menegaskan aspek infrastruktur dan kemudahan lapangan terbang perlu terus dipertingkat bagi memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai
01:51hak penerbangan serantau dan bersaing dengan negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Comments